Hebahan

Sukar Untuk Hamil? Jom Dengar Daripada Pasangan Yang Berjaya Mengandung Selepas 5 Tahun

188
SHARES

Kami percaya ramai di antara anda yang masih belum mempunyai rezeki untuk mengandung. Tidak kurang juga ditegur orang ramai dengan kata-kata sinis, “Dah ada apa-apa ke belum? Korang bukan dah kawin 5 tahun ke? Nak tips tak?”

Mungkin ada yang tersinggung dan bersedih, tetapi itu tidak bermakna anda kena ikut emosi. Silap-silap boleh berlaku kemurungan.

Kekalkan sikap positif dan teruskan berusaha, kerana kejayaan akan menjadi milik mereka yang berusaha dan bertawakal.

bioclockphoto

Jom kita dengar kisah ceria daripada pasangan suami isteri Mohd Zazeri Ismail, 34 tahun dan Iza Dora Md Hanipah, 33 tahun. Mereka telah berkahwin selama 5 tahun, dan akhirnya berjaya juga Puan Iza Dora mengandung.

Boleh kongsikan berapa lama anda berkahwin?

Lima tahun.

img_0086

Boleh kongsikan pengalaman anda mencuba kaedah ini?

Kami telah mencuba selama 2 tahun sebelum kami berdua memutuskan untuk berjumpa dengan pakar Fertility Associates untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu-isu kesuburan kami. Saya kemudian disahkan menghidap PCOS (Polycystic Ovary Syndrome). Kemudian itu, kami mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan penuh daripada Fertility Associates.

Oleh kerana PCOS, doktor juga mendapati polip dalam rahim saya. Pada Disember 2014, saya menjalani surgeri penyingkiran polip. Februari seterusnya, kami Berjaya hamil melalui IUI. Walau bagaimanapun, kehamilan itu berakhir dengan keguguran.

Hanya selepas itu kami mengambil keputusan untuk mendapatkan rawatan IVF. Setelah berbincang dengan doktor, kami membuat keputusan untuk melalui prosedur IVF. Pencubaan IVF itu telah berjaya dan pada masa ini saya sedang hamil pada 26 minggu.

egg-shot-web-2

Apa yang anda tahu tentang IVF?

Sebelum ini, saya hanya berfikir tentang IVF apabila saya berjumpa dengan pakar Fertility Associates, iaitu dari risalah dan penjelasan doktor. Sejak itu, saya mula membaca dan membincangkan isu secara lanjut dengan doktor.

Apa yang saya faham tentang teknologi IVF ialah menyikat telur dan sperma dan memindahkan embrio ke dalam rahim. Ia amat disyorkan untuk pasangan yang mempunyai masalah kesuburan atau pasangan yang telah mencuba secara aktif selama 1-2 tahun. Kemungkinan adalah lebih tinggi untuk mereka yang berusia 35 tahun ke bawah, oleh itu kami berdua memutuskan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk mencuba IVF.

Joyful couple with positive pregnancy shown in the test device

Apa perasaan anda setelah kaedah ini berjaya?

Pada mulanya kami berasa sukar untuk percaya kerana selepas 2 tahun mencuba, akhirnya kita berjaya hamil melalui IVF. Tetapi, kami bersyukur dan gembira dan kini berharap untuk kelahiran yang lancar.

Boleh kongsikan detik kehamilan anda?

Saya tidak mengalami apa-apa kesulitan semasa mengandung saya kerana saya telah dipantau rapi oleh Doktor Fertility Associates. Doktor dan kakitangan Fertility Associates memastikan bahawa saya selesa dan baik semasa perjalanan kehamilan saya. Saya pasti boleh mengatakan bahawa ia adalah satu perjalanan yang lancar. Fertility Associates telah menjaga saya dengan baik dan hakikat ini  memberikan saya jaminan bahawa saya selamat dalam penjagaan mereka.

shutterstock_252136939

Apakah nasihat anda kepada pasangan di luar sana yang mungkin masih takut-takut untuk mencuba kaedah ini?

Pertama sekali, pasangan suami isteri perlu berjumpa dengan pakar kesuburan untuk mengetahui status kesihatan kesuburan mereka secepat mungkin. Ini akan membantu mereka memahami kesihatan kesuburan mereka dan membolehkan mereka merancang bila untuk memulakan keluarga dan mencapai matlamat kerjaya.

Apakah perancangan anda selepas ini?

Buat masa ini, kami hanya berdoa untuk kelahiran yang lancar. Kami berharap untuk mencuba untuk bayi kedua tahun depan.

shutterstock_238212466

Akhir Kata

Jika anda telah berkahwin dan masih belum mempunyai rezeki untuk hamil, teruskan berusaha dan berdoa banyak-banyak kepada Allah. Insyaallah, berkat daripada usaha anda tadi, kami doakan satu hari nanti anda juga bakal menimang cahaya mata.

*Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Fertility Associates

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×