Famili

Suami Support Minat Isteri, Pasang Sepanduk Besar Depan Rumah Gambar Bintang K-Pop!

69
SHARES

Tular di media sosial Indonesia, satu video yang memaparkan aksi seorang lelaki menyokong minat isterinya terhadap idola K-pop. Video tersebut sudah tentunya mendapat pujian ramai terutamanya daripada K-popers.

Wanita itu berkongsi sendiri momen tersebut kerana gembira lelakinya menyokong minat si isteri terhadap kumpulan dari Korea Selatan iaitu Sehun EXO.

Baca juga: Gara-Gara Isteri Lari Rumah, Suami Jual Roti Bakar Sambil Gendong Anak

SUAMI SUPPORT MINAT ISTERI, PASANG SEPANDUK BESAR DEPAN RUMAH

Memetik laporan Suara.com, lelaki itu dirakam sedang memasang sepanduk yang memaparkan suntingan gambar isterinya duduk bersebelahan anggota kumpulan EXO, Sehun, manakala foto dirinya terletak jauh daripada mereka berdua.

Bagi menunjukkan rasa sayangnya kepada isteri, lelaki itu membuat sepanduk berkonsepkan gambar seolah-olah dia adalah orang ketiga dalam hubungan isterinya dengan biasnya, Sehun EXO.

Bukan itu sahaja, sepanduk besar yang mempunyai gambar isteri dan pujaannya dipasang betul-betul di halaman rumah mereka.

Aksi tersebut dimuat naik di laman Instagram @insta_julid yang menerangkan sepanduk itu adalah tanda sayang lelaki itu kepada isterinya.

“Suami yang tidak cemburu malah menyokong minat isteri hingga sanggup mencetak sepanduk dengan konsep cinta tiga segi untuk dipasang di halaman rumah,” tulis keterangan gambar.

Kegigihan lelaki itu menuai pujian pengguna media sosial terutama peminat K-pop yang berasakan ia satu perbuatan yang sangat mengharukan.

Sumber: Suara.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×