Famili

Suami Minta Dipenjara Kerana Tak Tahan Hidup Dengan Isteri

21
SHARES

Setiap pasangan suami isteri pasti akan melalui liku-liku kehidupan bersama dan ada juga yang akhirnya mengambil langkah seperti berpisah sekiranya kedua-duanya tidak serasi.

Lain pula kisahnya dengan seorang lelaki di Itali apabila terpaksa meminta bantuan polis untuk memasukkannya ke dalam penjara kerana dia merasakan itu lebih mudah dan lebih tahan daripada tinggal bersama isterinya.

Baca juga: 12 Jam Tak Diendahkan, Ibu Usia 18 Tahun Memeluk Mayat Bayinya Dalam Penjara

SUAMI MINTA DIPENJARA KERANA TAK TAHAN HIDUP DENGAN ISTERI

Menerusi laporan Wionews, Lelaki warganegara Albania berusia 30 tahun itu sebelum ini telah diarahkan menjalani hukuman di rumahnya atas kesalahan jenayah berkaitan dadah sejak beberapa bulan lepas.

“Dia tinggal di sebuah rumah bersama isteri dan keluarganya. Kehidupan mereka dibelenggu banyak masalah dan dia sudah tidak mampu lagi bersabar dengan kemelut rumah tangganya.

“Lelaki itu juga berkata bahawa kehidupannya bagaikan di neraka dan dia ingin dimasukkan ke penjara kerana sudah tidak tahan tinggal di rumah.

“Lelaki tersebut memilih untuk melarikan diri dari rumah dan secara sukarela menyerah diri kepada polis Carabinieri untuk menjalani hukuman penjara, ” kata seorang pegawai polis Carabinieri dari Tivoli, Kapten Francesco Giacomo Ferrante.

Permintaan lelaki itu akhirnya dipenuhi apabila dia didakwa atas kesalahan melanggar peraturan tahanan rumah. Pihak berkuasa kehakiman turut mengarahkan polis tempatan untuk memindahkannya ke penjara jenayah dadah, sekali gus ‘membebaskan’ lelaki itu daripada belenggu isterinya.

Sumber: Wionews

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×