Hebahan

Suami Isteri Tinggal Jarak Jauh Sudah Boleh Rentas Negeri- MKN

149
SHARES

Kerajaan hari ini memutuskan untuk membenarkan semula perjalanan rentas negeri buat suami isteri yang tinggal berjauhan atas urusan kerja mulai Isnin (1 Jun 2020) ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan mesyuarat hari ini memberi kelonggaran kepada pasangan untuk berbuat demikian bermula 1 Jun ini.

ARAHAN DITARIK BALIK

Memetik laporan Harian Metro, menurutnya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini, ia dibenarkan sebelum ia dihentikan sebelum perayaan Aidilfitri dan kini kerajaan memutuskan ia ditarik balik.

“Hari ini mesyuarat bersetuju bahawa larangan itu ditarik balik. Oleh itu pasangan suami isteri yang terpisah boleh merentars negeri untuk berjumpa pasangan dan keluarga masing-masing.

“Perjalanan rentas negeri juga dibolehkan bagi kes membabitkan kecemasan, kematian, perubatan dan urusan kerja seperti berulang alik ke tempat kerja. Sebagai contoh tinggal di Negeri Sembilan tetapi bekerja di Putrajaya. Bagaimanapun rentas negeri masih tidak dibenarkan selain dari alasan yang saya sebutkan ini,” katanya dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×