DIY & Kraf

Suami DIY Almari Tudung Untuk Isteri Tersayang Guna Paip PVC, Kos Tak Sampai RM120!

32
SHARES

Lumrah orang perempuan bertudung, sudah ada pelbagai jenis tudung tetapi masih ditambah dengan koleksi yang baru. Bila sudah asyik ditambah, ruangan tempat simpan tudung pun sudah tiada. Inilah masanya apabila si isteri mula ambil ruangan suami sampai berebut-rebut dibuatnya.

Jadi, sebagai solusi kepada masalah simpan tudung yang ‘bergunung’ ini, seorang suami di laman media sosial ini berkongsikan caranya DIY almari tudung untuk isterinya menyimpan tudung hanya menggunakan paip pvc. Isteri mana yang tak sayang bila suami buat macam ini kan?

DIY ALMARI TUDUNG GUNA PAIP PVC

1. Paip PVC

Sebanyak dua (2) batang paip PVC digunakan dengan berukuran kira-kira 19 kaki panjang. Semua paip itu masing-masing dipotong sepanjang enam (6) inci, boleh dapat dalam 70 batang. Kosnya beranggaran RM76.

2. Engsel

Bagi engsel pintu almari pula, sebanyak enam buah semuanya yang digunakan dengan kos kira-kira RM9.

3.Pemegang pintu

Setiap pintu perlulah ada pemegangnya. Jadi sebanyak dua (2) pemegang pintu digunakan dan kos hanya RM4 sahaja.

4. Syelek

Biasanya hasil tukangan kayu akan lebih ‘segar’ apabila kita menggunakan cecair syelek padanya. Bagi almari ini, Shafiq menggunakan sebanyak satu (1) liter syelek, kosnya beranggaran RM20.

5. Papan lapis

Difahamkan, papan lapis bagi ‘body’ almari ini menggunakan sisa-sisa projek yang pernah dibuatnya sebelum ini. Jika beli yang baharu pun akan menggunakan papan berukuran 12 milimeter dengan kos kira-kira RM65 sahaja.

Untuk projek ini, Shafiq memaklumkan kos yang dikeluarkan hanyalah serendah RM109 sahaja.

Selain itu, nampak gayanya almari tudung ini memang agak mudah dihasilkan. Jadi tempoh menyiapkannya bermula dari awal hanyalah memakan masa kira-kira sehari sahaja jika mula bertukang sejak awal pagi. Kalau anda mahir bertukang, janganlah sia-siakan bakat itu. Buatlah almari tudung ini sebuah untuk diletakkan dalam bilik anda. Mesti isteri sayang.

Sumber: Shafiq Abdul Hamid via Idea Deko Deko

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×