Rakyat

Suami Bunuh Isteri: Jiran Dedah Rahsia Bantu Angkat Tong Jam 4.30 Pagi

694
SHARES

Johor Bahru: Maklumat jiran membantu merungkai pembunuhan wanita yang mayatnya ditemukan dalam tong air ditanam di sebuah ladang serai di Felda Papan Timur, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Khamis lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Datuk Md Yusof Ahmad berkata, lelaki berusia 32 tahun itu menyalurkan maklumat kepada polis sekali gus siasatan berkaitan orang hilang pada awalnya dilakukan.

Suami bunuh isteri

Katanya, polis menerima maklumat berkenaan Isnin lalu yang membawa penahanan suspek yang juga suami wanita itu dan jiran berkenaan sehari kemudian.

“Jiran itu ditahan bagi membantu siasatan selepas dia menyalurkan maklumat mengesyaki wanita yang dikatakan hilang itu berada dalam tong air ketika membantu suspek mengangkat tong terbabit ke kenderaan pacuan empat roda pada jam 4.30 pagi Isnin lalu.

“Jiran itu memberitahu tong berkenaan agak berat selain mengeluarkan bau busuk.

“Maklumat itu membawa kepada pengakuan suspek yang akhirnya menunjukkan lokasi tong itu ditanam. Bagaimanapun polis juga sedang menyiasat sejauh mana pembabitan jiran berkenaan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Kelmarin media melaporkan, misteri kehilangan seorang isteri yang didakwa melarikan diri dari rumah akhirnya terjawab apabila mayatnya ditemui secara tragis dalam sebuah tong air yang tertanam di ladang serai.

Suami bunuh isteri

Lebih memilukan, suami yang berusia 43 tahun dipercayai menembak mangsa yang berusia 38 tahun ketika sedang tidur di kediaman mereka di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dilaporkan berkata, kes berkenaan dipercayai bermotifkan cemburu selain polis turut menemui surat tuntutan fasakh di kediaman berkenaan.

Mengulas lanjut Md Yusof berkata, polis juga sedang menyiasat dua senjata iaitu senapang angin dan senapang patah yang berada dalam milikan suspek.

Katanya, suspek tidak mempunyai permit bagi kedua-dua senjata berkenaan.

“Kita sedang siasat dari mana senjata itu diperoleh sama ada buatan sendiri atau pun mana-mana sumber dan siasatan mengikut Seksyen 36 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata Api 1960,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Md Yusof berkata, pihak percaya polis hampir merungkai kes berkenaan.

“Polis sedang menunggu laporan berkaitan termasuk hasil akhir bedah siasat mangsa serta laporan lain sebelum mengemukakan kertas siasatan kes ini kepada Timbalan Pendakwa Raya mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, ” katanya.

 

*Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×