Inspirasi

Tukar & Deko Barang Terbuang Jadi Tempat Cuci Tangan, Usaha Kreatif Guru Ikut SOP Dipuji

264
SHARES

Semenjak pembukaan sekolah bagi hampir keseluruhan pelajar pada 15 Julai dan juga buat murid sekolah rendah pada 22 Julai depan, banyak sekolah telah berusaha untuk memastikan SOP yang ditetapkan Kementerian Kesihatan dipatuhi. Ini termasuk pemeriksaan suhu badan pelajar, menggunakan cecair pembasmi kuman dan memakai pelitup muka ketika berada di dalam kawasan sekolah.

Namun, apa yang menarik perhatian adalah ada segelintir sekolah dan guru-guru yang menggunakan cara kreatif untuk menggalakkan para pelajar mencuci tangan dengan kerap. Amalan ini amat penting untuk memastikan tangan mereka sentiasa bersih dan dapat mengelakkan jangkitan Covid-19.

GUNA BARANG TERBUANG JADI SINGKI CUCI TANGAN

Tular di laman media sosial memaparkan sekumpulan guru dari sebuah sekolah yang dikatakan dari Kota Bharu ini menggunakan kreativiti tersendiri. Menggunapakai kembali barang terbuang seperti mesin basuh, ini dijadikan seolah-olah singki mencuci tangan untuk para pelajar.

Bukan sahaja para pelajar dapat menggunakannya dan mematuhi SOP yang ditetapkan, malah warga sekolah di setiap kawasan juga tidak terlepas dan mudah untuk mencuci tangan dengan sabun yang disediakan.

SIAP BERCORAK-CORAK

Bukan sahaja kreatif dalam mengubahsuai barang terbuang, malah guru-guru di sekolah ini juga turut menghias barang terbuang tersebut supaya kelihatan lebih menarik. Teknik ini digunakan supaya dapat menarik minat pelajar sekolah menggunakan singki tersebut secara langsung memastikan kebersihan tangan terjaga.

Bila sudah diletakkan di hampir setiap kawasan sekolah, jadi mudah untuk sesiapa sahaja memanfaatkan kegunaanya, bukan? Tahniah diucapkan kepada pihak sekolah dan guru-guru kerana melahirkan inisiatif kreatif ini buat para pelajar.

Sumber: Viral Media Johor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×