Rakyat

‘Memang Terbaik!”- Guna Sistem Scan Tag Barcode, Sistem SOP Sekolah Ini Dipuji Ramai

38
SHARES

Sejak Kerajaan telah membenarkan pembukaan sekolah pada 24 Jun lalu, banyak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengikut kepada Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bukan itu sahaja, dengan pengumuman sekolah yang bakal dibuka untuk lebih ramai murid bermula 15 Julai ini, pastinya pihak sekolah perlu membuat persediaan dari segi SOP dengan lebih ‘rancak’ dan ketat.

“SEKOLAH MANA NI? MEMANG TERBAIK!”

Viral di laman Twitter, apabila salah seorang pengguna laman sosial ini berkongsikan satu video memaparkan sistem canggih yang digunapakai oleh sebuah sekolah di Malaysia. Berdasarkan video tersebut, pelajar yang sampai ke sekolah hanya perlu mengimbas kod yang diberikan dalam bentuk tag. Kemudian, pemeriksaan suhu akan dibuat oleh guru sebelum dibenarkan masuk ke dalam kelas.

Rata-rata netizen juga sangat terpukau dengan kecanggihan sistem sekolah tersebut dan mengucapkan tahniah atas kecekapan pihak sekolah membuat sistem pengesanan pelajar yang sangat efektif. Bukan itu sahaja, dalam ramai pengguna media sosial yang bertanyakan lokasi sekolah tersebut, ada juga yang mengatakan bahawa sekolah tersebut adalah SMK Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah. Hebat!

*Terbaik!

Sumber: Mirawwwrrr

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×