Hebahan

SOP Pergerakan Pelajar IPT Pulang Ke Kampung Sempena Aidilfitri

518
SHARES

Pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT) dibenarkan pulang ke rumah sempena cuti Hari Raya Aidilfitri kecuali bagi negeri Sarawak.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan hari ini, berkata tarikh yang ditetapkan bagi pergerakan pulang ke rumah ialah pada 7 hingga 12 Mei 2021 manakala pergerakan pelajar kembali ke kampus pada 15 hingga 20 Mei 2021.

PERGERAKAN PULANG PELAJAR IPT GUNA 3 CARA

Pelajar IPT yang berada dikampus (kecuali Sarawak) akan diberi surat pelepasan rentas negeri/daerah untuk pulang cuti Aidilfitri bermula 7 Mei dan kembali semula ke kampus bermula 15 Mei.

Pelajar tidak pulang boleh kekal berada dikampus. Pergerakan pulang hanya guna tiga cara- Kementerian Pengajian Tinggi

sop pergerakan pelajar ipt

Pergerakan pulang pelajar akan menggunakan tiga kaedah iaitu menggunakan kenderaan sendiri, dijemput oleh ibu bapa atau penjaga atau menggunakan bas yang diselaraskan oleh IPT.

Pergerakan melalui kenderaan awam tidak dibenarkan kecuali perkhidmatan penerbangan.

sop pergerakan pelajar ipt

KPT menganggarkan pergerakan ini hanya membabitkan kira-kira 103,994 pelajar yang kini berada di kampus daripada 1.3 juta pelajar di seluruh IPT. Untuk maklumat lanjut, boleh ke laman web https://www.mohe.gov.my/

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×