Bermula 15 Jun 2020 yang lalu, kerajaan telah membenarkan pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam serta bazaria beroperasi dengan SOP yang ditetapkan.
Mungkin ada ibu bapa yang masih tertanya-tanya sama ada kanak-kanak boleh pergi ke pasar malam atau pasar-pasar terbuka.
ADAKAH KANAK-KANAK DIBENARKAN UNTUK PERGI KE PASAR TERBUKA/PASAR PAGI, PASAR MALAM ATAU BAZARIA?
Untuk makluman, jika sebelum ini kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah tidak dibenarkan untuk mengunjungi pasar terbuka, pasar malam dan bazar ria.
Namun mengikut SOP Sektor Makanan KWP (Pasar Terbuka/Pasar Pagi, Pasar Malam dan Bazaria) yang dikeluarkan oleh MKN kemaskini 17 Ogos 2020, pengunjung berumur 12 tahun dan ke bawah tidak digalakkan berada di kawasan pasar terbuka, pasar malam dan bazaria.
SOP Pasar Malam PKPP
Berikut adalah protokol yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam Kaedah Pengurusan dan Kawalan Pembukaan Pasar Pagi, Pasar Malam dan Bazaria Semasa Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Baca selanjutnya SOP Sektor Makanan KWP sepenuhnya di pautan ini :
Kita masih belum menang ya. Ayuh, patuhi SOP dan jaga penjarakan fizikal!
Semoga rakyat Malaysia mampu sama-sama membendung wabak ini.
