Inspirasi

[FOTO] Kemeriahan Majlis Kahwin ‘Drive Thru’ Pertama Di Malaysia, Satu Kenderaan 1 Minit Je!

5.4K
SHARES

Sejak berlangsungya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan, kerajaan telah mengumumkan bahawa perlaksanaan majlis sosial seperti majlis perkahwinan telah dibenarkan. Tetapi, penting juga untuk orang ramai mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu penjarakan sosial, pemeriksaan suhu badan dan cuci tangan dengan kerap serta penggunaan hand sanitizer.

Oleh itu, baru-baru ini viral di laman media sosial dimana terdapat pasangan pengantin melangsungkan majlis perkahwinan secara Drive Thru pertama di Malaysia! Walaupun secara drive thru dan masih mengikut SOP, masih nampak kemeriahan majlis perkahwinan tersebut.

Kemeriahan DRIVE THRU WEDDING Pertama di Malaysia

Norazura Mohd Ali & Aguzz Aguss (pemilik perniagaan Burger Viral AguzzBurger). Merupakan majlis perkahwinan pertama yang berkonsepkan drive thru di Malaysia. Mengekalkan SOP mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Syukur alhamdulillah serta ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis perkahwinan drive thru ini. Terutama kepada ahli keluarga kedua mempelai, Ibu Pejabat Polis Daerah Kluang, Zenuz Production, Dinas Bridal, As Puri Catering, DJ, pasukan RELA, dan individu-individu lain yang juga memainkan peranan dalam menjayakan majlis ini.

Video penuh boleh tengok di youtube :

SOP kehadiran tetamu majlis

Memang meriah majlis perkahwinan ini walaupun terus mengikut SOP yang ditetapkan. Para tetamu yang hadir hanya datang secara drive thru dan mengambil makanan yang dibungkus sahaja.

– Kenderaan beratur menuju ke kanopi pelamin.

– Cek suhu oleh anggota RELA.

– Catat nama berserta nombor telefon.

– Masukkan sumbangan ke dalam tabung “Salam Keruk” yang disediakan.

– Jumpa pengantin yang sedang menunggu di pelamin dan memberi salam, ucap tahniah serta penyerahan hadiah tanpa perlu keluar dari kenderaan dan bersentuhan.

– 1 kenderaan hanya 1 minit sahaja masa yang diberikan.

Sumber: Farreed Sahar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×