Percutian

PKPP: Kolam Renang Di Hotel Masih Tak Dibenarkan Kecuali Kolam Persendirian – MKN

642
SHARES
Sop hotel pkpp

Seperti yang kita sedia maklum, tempoh PKPP yang bermula 10 Jun lalu telah membenarkan banyak industri beroperasi mengikut SOP yang ditetapkan.

Antara yang menjadi perhatian adalah sektor perhotelan, di mana rakyat Malaysia masing-masing nak melepaskan ‘rindu’ untuk bercuti setelah sekian lama duduk di rumah dalam tempoh PKP.

Bagi yang nak ‘booking’ hotel, berikut adalah antara SOP dan aktiviti yang telah dibenarkan dan tidak dibenarkan sepanjang tempoh PKPP yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) setakat ini.

Aktiviti Yang Tidak Dibenarkan Di Hotel Sepanjang Tempoh PKPP

Untuk makluman, aktiviti kolam renang masih termasuk dalam kategori aktiviti terlarang.

Jika anda mengunjungi hotel atau resort untuk bercuti dalam tempoh PKPP ini, jangan terkejut jika fasiliti tersebut masih lagi tidak dapat digunakan.

Selain itu, aktiviti yang dilarang juga adalah

  • Fasiliti hiburan seperti bar dan karaoke
  • Restoran / cafe / dapur secara buffet
  • Jakuzi / sauna.

Aktiviti Yang Dibenarkan Di Hotel Sepanjang Tempoh PKPP

Namun bagi hotel yang mempunyai kolam renang persendirian, pengoperasian kolam renang ini adalah dibenarkan dengan syarat ia mengikut SOP yang telah ditetapkan.

Antara aktiviti lain telah dibenarkan di hotel adalah:

  • Penggunaan fasiliti gymnasium
  • Surau
  • Lounge
  • Dewan, bilik mesyuarat, seminar dan latihan

ADAKAH AKTIVITI RIADAH SEPERTI MANDI DI PANTAI ATAU SUNGAI, DIBENARKAN?

Mengikut Jawapan FAQ KBS. Soalan No. 11.

Aktiviti sukan/ rekreasi yang dilakukan di kawasan air terbuka seperti laut, sungai dan tasik adalah dibenarkan.

*Rujuk http://www.kbs.gov.my/sopsukanrekreasi

Untuk SOP lengkap premis penginapan hotel, sila rujuk senarai yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) di SINI:

36.-Pelancongan-Seni-dan-Budaya-MOTAC-_12-Jun-2020

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×