Hebahan

Sokong Usaha Hijaukan Alam Dengan Larian Amal ‘Magical Forest’

11
SHARES

Innity, sebuah media atas talian terkemuka dan jaringan teknologi pengiklanan Asia Pasifik, akan menganjurkan Larian Amal ‘Magical Forest’ pada 29 Mei 2016, (Ahad).

Larian sejauh 7km ini bakal dilangsungkan di Taman Botani Negara, Shah Alam sebagai salah satu tanggungjawab sosial perusahaan (CSR) oleh syarikat tersebut untuk menyumbang kepada masyarakat dan alam sekitar.

‘Magical Forest’: Tema Larian Penuh Keajaiban

Seperti namanya, Larian Amal ‘Magical Forest’ adalah sebuah larian bertemakan alam sekitar yang penuh keajaiban dan berwarna-warni. Larian akan dibahagikan kepada zon tertentu, dan setiapnya mempunyai keunikan tersendiri dengan menonjolkan karakter-karakter fantasi yang terkenal.

Ia bukan semata-mata bertujuan menjadikan larian lebih seronok dan menghiburkan, tetapi disandarkan sebagai tarikan utama dalam mendidik para peserta memahami kepentingan menjaga alam sekitar.

Antara tema yang ditonjolkan dalam 'Magical Forest Charity Run'

Antara tema yang ditonjolkan dalam ‘Magical Forest Charity Run’, Maleficient

 

Untuk mendaftar, layari http://www.themarathonshop.com.my/mfcr2016

Snow White juga bakal membuat penampilan di ‘Magical Forest Charity Run’. Untuk mendaftar, layari themarathonshop.com.my

Yuran Penyertaan

Yuran penyertaan adalah RM69 bagi setiap peserta. Apabila mendaftar, anda akan mendapat sehelai ‘t-shirt’ rasmi ‘Magical Forest Charity Run’, bib bernombor, snek ringan, sebuah medal, serta ‘goody bag’ bernilai lebih RM400.

Larian amal ini akan bermula seawal pukul 6.00 pagi, manakala acara ‘flag-off’ akan disempurnakan pada pukul 7.15 pagi.

 Sokong Usaha Pelihara Hutan Dan Alam Sekitar

Kesemua hasil kutipan dalam acara ini akan disalurkan kepada Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) dalam menyokong usaha mereka memelihara hutan hujan di Malaysia.

Phang Chee Leong, Ketua Pegawai Eksekutif Innity berkata, “Tujuan di sebalik larian ini adalah untuk meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar serta memacu tindakan segera oleh setiap daripada kita dalam memelihara Bumi ini.”

Innity sangat komited dalam membangunkan lebih daripada satu usaha untuk memanfaatkan masyarakat setempat.

‘Magical Forest Charity Run’ ini  merupakan sebahagian daripada projek ‘For A Change’, dengan sasaran untuk mengumpul dana selain meningkatkan kesedaran umum dalam menyumbang semula kepada alam sekitar serta masyarakat.

Sertai kami melalui laman http://www.themarathonshop.com.my/mfcr2016

Daftarkan penyertaan anda di http://www.themarathonshop.com.my/mfcr2016

Daftar Sekarang

Untuk maklumat lanjut tentang larian ini, layari http://www.themarathonshop.com.my/mfcr2016 dan laman Facebook rasmi ‘Magical Forest Charity Run’ di pautan https://www.facebook.com/events/1089493747736296

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×