Percutian

‘View Cantik, Makan Sedap & Selesa”, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Naik Sleeper Train Ke Kelantan

499
SHARES

Bukan kanak-kanak saja, malah orang dewasa pun tentu teruja kalau sesekali dapat travel naik kereta api atau train.

Dan lebih unik lagi kalau dapat tidur bermalam dalam train kan?

Begitulah yang dikongsikan oleh Cik Manis yang berkongsikan pengalaman beliau menaiki Sleeper Train (ada katil dalam train) atau Malaysia Jungle Train dari Gemas, Negeri Sembilan ke Wakaf Baru, Kelantan bersama suami dan anak berusia 3 tahun.

Buat pengetahuan, satu-satunya Sleeper train ni hanya ada yang menghala ke arah Pantai Timur sahaja.

Kalau cari dari arah Utara ke Selatan memang dah tak ada, sebab semua sudah diganti dengan ETS.

Jadi sebab itulah ia menjadi salah satu wishlist Cik Manis sebelum train ini dimansuhkan juga.

Memang menarik dan lain daripada yang lain!

Jom kita baca perkongsian beliau sepenuhnya di bawah ini.

Pengalaman Naik Sleeper Train Ke Kelantan

Sharing trip Sleeper Train ke Kelantan bersama suami dan anak 3 tahun.

Alhamdulillah salah satu wishlist tercapai nak bawa anak travel dengan Malaysia Jungle Train.

Trip ni memang nak merasa bermalam dalam train semata-mata.

Dari Ipoh ke Gemas saya ambil ETS dan dari Gemas-Wakaf Baru naik sleeper train. Sleeper train ada menghala ke arah pantai timur je, kalau cari dari utara ke selatan memang dah tak ada, semua sudah diganti ETS.

Nak tunggu border buka untuk ke Bangkok naik sleeper train ni macam lambat lagi, jadi kita naik ke Pantai Timur sebelum lepas ni yang ini pun dimansuhkan juga.

Cara Tempah Tiket Sleeper Train Ke Kelantan

Saya book tiket online melalui apps KTMB je.

Boleh buka laman web KTMB dan tengok pada bahagian e-ticket. Dia akan suruh buat pembelian melalui Apps KTM Mob Ticket ni.

So, boleh cari dan install melalui Google PlayStore atau AppStore.

Lepas install boleh terus buat pembelian.

Hanya laluan yang menghala ke Pantai Timur saja yang ada Sleeper Train ni.

Yang lain semua seat biasa sebab dah digantikan dengan ETS.

Kalau katil bawah nombor genap harganya RM46, katil atas nombor ganjil RM40.

Pilih katil bawah tingkap luas sikit best tengok view yang sangat cantik.

Pelbagai Aktiviti Boleh Dilakukan Sepanjang Perjalanan

Walaupun perjalanan memakan masa hampir 12 jam perjalanan tapi masa berlepas adalah waktu lewat malam, jadi memang boleh tidur dengan selesa.

Keesokan pagi tu bolehlah sarapan dan buat aktiviti dengan anak-anak sambil menikmati pemandangan sebelum tiba ke destinasi.

Kalau lapar tengah-tengah malam jangan risau sebab kafe dibuka 24 jam.

Makanan panas-panas dan sedap serta harga pun murah.

So far tak susah bawa anak, yang penting ada aktiviti, saya memang tak bagi anak handphone.

Kami entertain dia dengan tengok view, jalan-jalan ke koc cafe, bawa buku untuk aktiviti.

InsyaAllah anak mesti excited dan behave sepanjang perjalanan.

Bagi saya, bila ada anak bukan penghalang nak travel, tapi lagi seronok travel dengan anak.

Dah biasa, mudah dia suaikan diri.

Menarik Kan?

Wah, memang menarik kan pengalaman naik Sleeper Train ni.

Bagi yang tak pernah merasa, kenalah cuba at least sekali seumur hidup.

Tentu ia akan menjadi pengalaman yang unik dan berbeza sekali.

Yelah, selalu naik pergi mana-mana naik kereta je kan?

Jadi kalau sesekali naik train, mesti seronok dan anak-anak pun teruja sama!

Baca juga : Pengalaman Bercuti Ke Langkawi Naik ETS Bawa Anak Kecil. Seronok & Cukup Selesa

*Kredit: Cik Manis

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×