Percutian

Sky Mirror World Kuala Selangor Tawar Promosi Beli 2 Tiket Percuma 1 Sehingga Hujung Julai!

36
SHARES

“Hujung minggu ni nak bawa anak-anak pergi mana eh?”

Sebelum ini pernah viral di laman media sosial dimana terdapat satu lokasi perlancongan di Kuala Selangor bernama Sky Mirror World. Apa yang menariknya lokasi ini? Buat anda yang belum pernah sampai ke lokasi tersebut, Sky Mirror Wold pastinya akan memukau pandangan anda dengan keindahan pemandangan seolah-olah ‘langit menyentuh bumi’ seperti cermin!

Apa yang lebih menarik lagi adalah Sky Mirror World menawarkan promosi 2 tiket percuma 1 sehingga hujung bulan Julai!

PROMOSI TIKET SKY MIRROR WORLD

Ini adalah peluang keemasan untuk anda kerana Sky Mirror World kini tawarkan promosi tiket beli 2 percuma 1. Difahamkan terdapat dua pakej yang ditawarkan iaitu ke Sky Mirror berharga RM80 dan juga pakej yang meliputi bagi helang makan, melihat kelip-kelip dan ‘blue tears’ berharga RM80 juga.

Menariknya, anda juga akan dapat diskaun sebanyak 30% tiket untuk dewasa dan 50% diskaun untuk kanak-kanak bagi pembelian seterusnya. Promosi ini sah untuk membuat tempahan dan pembayaran sebelum 31 Julai 2020. Tarikh untuk anda mulakan tour bermula pada 30 Jun 2020 sehingga 30 April 2021.

Buat anda yang berminat, bolehlah layari ke laman sesawang ini dan membuat tempahan. Nampak best kan? Selamat bercuti hujung minggu ini!

Sumber: Sky Mirror

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×