Kini Trending

Sirah Junjungan – Tahajjud Cinta, Drama Muzikal Mengenai Perjuangan Nabi Muhammad SAW

28
SHARES

Satu drama muzikal arahan pengarah tersohor, Erma Fatima yang mengisahkan riwayat hidup Nabi Muhammad S.A.W dari kelahiran sehinggalah kewafatan baginda serta diiringi selingan lagu- lagu kisah Nabi dan Selawat. Pementasan teater Islam ini yang pertama di Asia Tenggara akan memaparkan sejarah kehidupan Rasulullah S.A.W bersempena menyambut Maulidur Rasul.

SIRAH JUNJUNGAN MENELUSURI PERJUANGAN NABI MUHAMMAD SAW

Lebih menariknya, teater muzikal islamik ini merakamkan segala peristiwa penting dari tarikh keputeraan Rasulullah S.A.W, sehingga Baginda wafat. Sirah Junjungan membawa khalayak menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar Islam di muka bumi.

Sirah Junjungan – Tahajjud Cinta ini dibarisi 20 orang pelakon utama, 80 pelakon tambahan dan 15 orang pemuzik akan bermain secara ‘live’. Terdapat juga enam orang penyanyi latar serta tiga penyanyi popular tanah air iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato Jamal Abdillah dan Amy Search.

BOLEH DISAKSIKAN DI TONTON CINEMA DENGAN HARGA BERPATUTAN

Untuk trailer boleh juga dilayari di tonton Cinema. Sirah junjungan – Tahajjud Cinta boleh disaksikan di tonton CINEMA bermula 19 October 2021 dengan hanya berharga RM7.90. Layari laman web www.cinema.tonton.com.my atau muat turun aplikasi tonton.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×