Asuh

‘Kalau Awak Api, Mama Jadi Bomba’- Ibu Kongsi Kisah Anak Hidap Sindrom ADHD & Cara Rawatan

86
SHARES

Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD) atau Sindrom Kurang Daya Tumpuan dan Hiperaktif adalah satu kecelaruan tingkah laku yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak. Terdapat tiga jenis keadaan iaitu kurang tumpuan, hiperaktif dan menurut kata hati. Gejala ini mengakibatkan kanak-kanak yang mengalaminya sukar mengawal tingkah laku mereka dalam memberi tumpuan yang sepenuhnya.

Hal ini juga dikongsikan oleh ibu ini dimana beliau pada mulanya tidak mendapatkan rawatan walaupun mengetahui anaknya mengalami sindrom ADHD.

ORANG KATA ANAK SAYA ADA ADHD…

Assalam semua.

Orang kata anak saya ADHD. Saya tak pernah check walaupun nampak ciri-ciri tu. Dulu saya tak boleh terima sikap dia yang tak suka membaca dan kuat bermain. Saya cuba menukar pandangan saya pada dia budak yang aktif, berkemahiran lain dan suka aktiviti fizikal jadi saya banyak habiskan masa di luar, berkorban bajet untuk kemahiran dan menghabiskan tenaga dia walaupun yang habis tu lebih kepada masa, tenaga dan wang saya tapi tenaga dia tetap banyak. Saya lebih banyak berlembut, tidak terlalu melayan amarah dia dan cuba distract dia dari bosan dan mengamuk. Lebih banyak peluk, luahkan perasaan kasih sayang, harapan masa depan, cita-cita etc.

Sebenarnya dia mendengar waima macam tak dengar. Alhamdulillah dia sekarang dah pandai simpan duit berbanding dulu semua dia nak beli. Saya beritau the worst thing that could happen dengan tindakan dia to prevent. Setiap minggu saya sediakan hidangan utk fizikal. Sebelum dia tantrum, saya dah plan mcm mana nak sejukkan hati dia. distract dia daripada apa yang dia plan yang tak mampu kita bagi.

Bila dia nak mengamuk je saya pun ajak dia buat sesuatu…”haa jom esok kita mandi kolam/main basikal/mewarna/lumba lari/memanah/naik kuda” etc. kalau dia taknak juga.. kena fikir apa yg boleh buatkan dia kalah. Contohnya “jom la.. ajak kawan pegi sekali, kita lawan siapa menang, siapa kalah dia kena belanja minum”

DULU CEPAT MARAH, SEKARANG LEBIH SABAR

Dulu saya selalu marah-marah bila dia malas belajar dan membaca waima hanya 5 minit. Tapi sekarang saya lebih banyak bersabar dan menerima keadaan dia dan cuba melengkapi dia dengan aktiviti berfaedah supaya bila besar nanti dua-dua pihak tidak menyesal. Saya beri kelonggaran.. saya kata.. kalau taknak belajar kat rumah, kat sekolah kena fokus dengan apa yang cikgu cakap.. kalau belajar pandai baru la kacak. 

Dulu saya selalu kata jangan hempas pintu… sekarang saya selalu kata “kalau (nama dia) tak mengamuk dan bersikap baik.. nanti mama bagi hadiah… tapi kena tunggu mama dapat gaji dulu… etc etc. Kadang-kadang bila dia mengamuk, saya cuba peluk n geletek-geletek dia.. akhirnya dia ketawa dan cool down. Cuba lah. Tak perlu berbelanja besar, ikut kemampuan masing-masing. Dulu selalu bergaduh kalau nak bawa dia ke klinik, gunting rambut etc. Dia selalu taknak dan mengamuk-ngamuk sebab saya selalu beritau dia dulu sebelum bawa dia ke tempat tu.

CARI IDEA UNTUK DISTRACT ANAK

Sekarang saya bawa je tanpa beritau dia. Kalau dia mengamuk sebab tiba-tiba sampai klinik.. saya kata saya yang nak jumpa doktor sebab saya sakit. Dia tanya kenapa bagi ic dia.. saya kata memang la doktor nak tengok ic anak kita sekali. Kalau dah terkantoi tu.. barulah saya cakap doktor baik la. Kalau sakit makin teruk nnti kena masuk hospital, kena inject, cucuk jarum, kena bedah nanti lagi teruk, siapa nak jaga kat hospital.. mama nak kerja…nak kumpul duit belikan (nama dia) hadiah etc utk tenangkan dia. Kalau dia mengamuk taknak gunting rambut pun saya tak layan dia tapi saya cari idea supaya saya menang… saya tunjukkan gambar-gambar style potongan rambut supaya dia nmpk kacak. saya ckp.. kalau potong mcm ni nnti mesti nampak kacak kat sekolah. Kena banyak cari idea utk distract dia drpd kemahuan dia dgn benda yg dlm kemampuan kita dn kena tunjukkan yg ianya menyeronokkan.

YA ALLAH SEJUKNYA HATI, ANAK KEMAS RUMAH

Ini kejadian beberapa tahun lalu selepas saya marah dia. Apa tidaknya.. saya baru lepas mengemas, mop dan sebagainya sampai lantai berkilauan-kilaun dan berehat sebentar dalam bilik. Bila keluar semula tengok rumah bersepah. Saya stress dan marah dia.. saya kata saya penat kemas satu rumah kenapa dia sepahkan… dia terkejut dan kemudian dia kata ok lah saya tolong mama kemas.

Saya masuk ke bilik kemudian keluar mengintai dia, saya pulak terkejut. Ya Allah. sejuk hati. saya peluk dia dan cakap terima kasih.. macam ni la bagus tolong mama. mama penat kerja dan kemas rumah lagi. Mama baru nak rehat tiba-tiba tengok dah bersepah semula. Kena highlight tentang safety dan hygiene etc. Sebenarnya anak kita tak tau sangat apa yang dia buat tu kadang-kadang memudaratkan, merugikan. Kadang-kadang saja mencabar kita. Kadang-kadang saja mengamuk sebab dia fikir dengan cara tu kita kalah dan ikut cakap dia.

PARENTS JANGAN CEPAT MARAH DEKAT ANAK

Parents jangan cepat marah dan jangan sesekali tunjukkan yang kita stress dgn tindakan dia. tenang2 aja, senyum dan ajak dia ketawa. cuba buat lawak. Kadang-ladang anak-anak tak tau nak zahirkan apa yang dia mahu. Kadang-kadang mengamuk sebenarnya mengantuk / lapar / bosan / mahukan perhatian atau kasih sayang.

Kadang-kadang mengamuk-mengamuk pecah pinggan cawan tiba-tiba tengok lagi.. dah tidur terselit tepi meja, kerusi. lor.. mengantuk rupanya anak aku ni. Tapi kesian budak mengantuk kena pukul / marah sebab kita stress tengok dia tantrum.

Jangan menggunakan bahasa kasar bila marah sebab nnti dia copy. kalau nak marah pun jangan terlalu fokus pada kesalahan dia tapi beritahu consequences tindakan buruk dan apa benefit kalau dia buat baik.

Sekarang saya dah berubah. Saya berubah kerana saya nak bahgia. Utk menjadikan saya bahagia, saya perlu jadikan dia bahgia. Kalau dia stress, saya tenangkan. Kalau dia stress, saya layan dan saya stress.. orang keliling pun akan stress juga. Kita kena bijak mengawal emosi kita utk kawal emosi dia. Kalau awak jadi api… mamalah jadi bombanya. 

*Semoga manfaat

Sumber : Liz Masnon

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×