Bersempena dengan sambutan ke-59 Hari Merdeka dan Hari Malaysia, Kenny Rogers ROASTERS (KRR) raikannya dengan kempen Sihat Sejati Sejiwa!
Bermula dari hari ini sehingga 30hb September 2016, pengunjung berpeluang menikmati Sup Ayam ala-Country dengan hanya RM0.59* dengan setiap pembelian Red Hot Meal atau House Favourite Meal.
Di samping itu, untuk masa yang terhad; KRR tampil dengan hidangan jagung terbaru. Ia boleh dinikmati dengan harga pengenalan hanya RM5.90 (harga biasa: RM8.50)!
“Ketika kita menyambut kemerdekaan negara, kami juga ingin terus-menerus mempromosi dan menyediakan makanan berkhasiat kepada rakyat Malaysia – komitmen ini telah wujud sejak penubuhan kami 22 tahun yang lalu,” ujar Esther Woo, Timbalan Pengurus Besar Berjaya Roasters (M) Sdn. Bhd.
“Kami terkenal dengan hidangan berkhasiat dan hidangan sampingan yang melengkapkan ayam terkenal kami. Dengan adanya pilihan tambahan seperti Sup Ayam ala-Country pada harga promosi dan juga hidangan jagung, kami berharap pengunjung akan lebih bermotivasi untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat,” beliau menambah.
Untuk maklumat lanjut berkenaan KRR, sila hubungi 03 – 2119 9888. Anda juga boleh layari www.krr.com.my atau www.facebook.com/KRR.my.
* Harga berbeza mengikut lokasi berbeza * Harga yang dinyatakan termasuk 6% GST kecuali Langkawi sahaja