Asuh

7 Sifat Guru Tadika Terbaik Yang Ibu-Bapa Mahu!

1.2K
reads
7 Sifat Guru Tadika Terbaik Yang Ibu-Bapa Mahu!

Guru Tadika Terbaik

Setiap hari saya berhadapan pelbagai kerenah anak-anak. Setiap hari juga saya melihat bagaimana guru mengajar dan menyantuni anak-anak. Penekanan saya adalah tertumpu kepada pengajaran dam pembelajaran anak-anak yang berumur 4 sehingga 6 tahun. Bagaimanakah anak-anak di dalam linkungan umur begini dapat belajar dengan baik? Sudah semestinya faktor terbesar yang membantu perkembangan anak-anak di dalam lingkungan umur begini adalah guru-guru yang baik.

Tentu anda sudah membaca entri tentang senarai tadika di Malaysia sebelum ini. Jika belum, boleh baca di sini. Kami juga berkongsi tips memilih tadika yang terbaik untuk anak-anak anda.

Apakah kriteria guru pendidikan awal kanak-kanak yang baik? Jika anda sedang tercari-cari jawatan kosong guru tadika, anda perlu ada sifat-sifat ini:

 

1. Berilmu

Perlu difahami bahawa pendidikan awal kanak-kanak adalah pendidikan yang sangat penting. Guru yang baik adalah guru yang sentiasa mendalami dan belajar ilmu-ilmu di dalam pendidikan awal kanak-kanak. Tanpa ilmu yang baik dan cukup, mana mungkin seorang guru pendidikan awal kanak-kanak memahami kerenah, kehendak, keperluan dan perkembangan yang sesuai dengan anak-anak ini.

Sebagai contohnya, apakah silibus yang sesuai untuk diajarkan kepada anak-anak berumur 4 tahun? Bagaimana menyesuaikan dengan kemampuan dan tahap pemikirannya? Berapa lama pula ruang fokus bagi anak 4 tahun? Ini semua perlu diambil kira. Cara pengajaran yang bagaimana pula sesuai dengan mereka? Jadi, ini semua memerlukan ilmu. Dapatkanlah ilmu-ilmu ini daripada training-training yang disediakan oleh pihak sekolah atau laburkan sedikit wang untuk pergi ke mana-mana kelas atau training yang begitu banyak diadakan kini.

Ilmu pendidikan awal kanak-kanak juga boleh didapati daripada pembacaan buku dan juga blog mahupun laman web tertentu. Baca dan terus membaca. Kami di siraplimau.com banyak memberikan dan berkongsi ilmu sebegini. Kunjungilah setiap hari untuk mendapatkan maklumat terkini!

2. Sabar

Jika tiada sifat sabar, maka kita tidak sesuai untuk menjadi guru pendidikan awal kanak-kanak. Sifat sabar sangat penting kerana anak-anak sebesar ini belajar mengikut peringkat dan kemampuan mereka. Mereka tidak akan terus dapat apa yang kita ajar, tunjuk dan baca. Bagi sesetengah anak, mereka mengambil masa untuk menghafal atau mengingati sesuatu.

Panggillah mereka dengan penuh kasih sayang. Santuni mereka kerana mereka punya hak untuk dihormati dan disantuni seperti kita. Panggilan seperti “hoi! hei!” adalah sangat tidak bertamadun kerana mereka semua mempunyai nama untuk dipanggil.

TIP: Jika anak bising, panggillah nama mereka dengan baik. INGAT, mereka berumur 4-6 tahun bukan 20-40 tahun. Mereka belum matang, jika mereka berfikir, mereka berfikir dalam masa yang lama. Dia tidak menjawab kerana dia memikirkan sesuatu. Dia terlalu bising kerana banyak perkara yang bermain di fikirannya dan tidak sabar untuk berkongsi bersama rakan dan guru. Mereka menangis kerana perlukan perhatian. Mereka lambat kerana ini baru pertama kali mendengarnya, baru pertama kali datang ke sekolah.

3. Kreatif

Guru yang baik adalah guru yang kreatif. Perlu diingat bahawa anak-anak lingkungan umur 4 hingga 6 tahun bukan seperti pelajar kolej yang duduk diam di kerusi masing-masing dan hanya mendengar apa yang diperkatakan oleh guru di hadapan kelas.

Guru pendidikan awal kanak-kanak, adalah guru yang cergas, yang tidak boleh duduk diam, yang sentiasa ada benda baru untuk diajar, yang sentiasa ada cara baru untuk menyampaikan pembelajarannya dan sentiasa mahu anak-anak yang diajarnya responsif dan aktif di dalam kelas.

4. Positif

Sifat ini sangat perlu bagi seorang pengamal pendidikan awal kanak-kanak. Bagi anak yang agak lambat perkembangannya, kita akan sentiasa positif bahawa dia akan mengambil masa sedikit dan tidak akan putus asa. Usah sesekali bersangka negatif bila kita lihat perkembangan kanak-kanak ini agak perlahan. Yang paling penting, usah bersangka buruk dengan apa yang ibu-bapa kanak-kanak ini. Teruskan beri kata-kata semangat pada mereka agar terus mencuba. Ingat, kita sebagai guru tadika hanyalah perantara. Allah yang memberikan ilmu dan hidayah pada mereka.

5. Penyayang

Sifat penyayang pula amat perlu kerana membuat kesilapan adalah biasa bagi anak-anak sekecil ini. Jika tidak penyayang, maka mustahil untuk anak-anak ini dapat belajar dengan baik. Salah satu sifat Allah ialah Ar-Rahim iaitu Yang Maha Penyayang. Apa salahnya kita jadi penyayang dengan semua kanak-kanak ini. Bahkan dengan rakan sekerja yang lain.

6. Tidak Pilih Kasih

Sudah tentu kita ada pelajar cilik yang menjadi ‘favourite’ kita. Sama seperti menjaga anak-anak, jangan sampai kita puji dan lebihkan calon ‘favourite’ ini. Banyak impak negatif pada kanak-kanak yang selalu jadi anak emas pada masa hadapan. Sikap ‘over-confident’ dan rasa bangga diri akan memakan diri kanak-kanak ini. Itu belum lagi kesan pada kanak-kanak yang ‘bukan favourite‘. Tentu mereka rasa tersisih. Layanilah mereka semua seadanya.

7. Sealu Bersyukur

Gaji bukanlah satu perkara yang menjadi ‘priority’. Bersyukur atas apa yang ada. Benar,duit itu penting. Mana-mana orang yang ingin mengisi jawatan kosong guru tadika semata-mata kerana duit, mereka tidak akan mendapat kepuasan. Kepuasan apabila anak-anak yang kita jaga dan ajar, daripada tidak tahu baca doa, kini sudah pandai membaca dan menghafal pelbagai doa. Kepuasan anak-anak pandai membaca. Kepuasan kanak-kanak berinteraksi sesama mereka. Belum lagi kita lihat riak muka ibu-bapa yang terbit rasa sedih bercampur suka kerana anak mereka belajar sesuatu. Ini tidak boleh dinilai dengan duit.

Tulisan ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Ada yang betul dan mungkin ada yang kurang setuju. Apa pendapat anda?

 

Carian Yang Berkaitan:

  • Gaji Guru Tadika
  • soalan temuduga guru tadika
  • gaji guru tadika kemas
  • interview cikgu tadika
  • ciri ciri guru tadika
  • tips menjadi guru tadika
  • cara menemuduga guru tabika kemas
  • soalan temuduga tadika
  • tips temuduga guru tabika
  • ciri-ciri guru tadika yang berkesan
3 Comments

3 Comments

  1. nur kamalia

    November 2, 2016 at 1:40 pm

    Perkongsian yang menarik….boleh jadi rujukan utk saya yg akan menempuh alam pekerjaan sebagai guru tadika👍👍👍

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Yang Popular

To Top