Famili

10 Perangai ‘Annoying’ Yang Kita Hanya Buat Bila Dengan Adik-Beradik

865
SHARES

Keluarga adalah anugerah terindah dalam hidup. Dengan ibu bapa yang sentiasa menyayangi kita dan adik beradik yang membesar bersama kita, zaman kanak-kanak lebih seronok.

Mungkin ada harinya perangai mereka menjengkelkan, tapi perangai ‘pelik’ mereka inilah yang mendekatkan kita sesama sendiri. Kalau tak bertekak dan bergurau, bukan adik beradik namanya. Mereka sajalah orang yang paling handal membuatkan kita naik angin, gembira, ketawa dan kerinduan.

Ada beberapa ‘perangai’ yang kita hanya akan buat bila dengan adik-beradik. Anda buat yang mana? Jangan tak mengaku!

10 Perangai ‘Annoying’ Yang Kita Hanya Buat Bila Dengan Adik-Beradik

1. Berebut Remote TV

‘Peperangan’ ini memang antara yang paling popular di kalangan adik-beradik. Kalau hujung minggu, pagi-pagi lagi kita dah belek waktu siaran rancangan kegemaran kita supaya dapat ‘chop’ televisyen nanti.

Tapi jangan ingat kita dah selamat. Bila tiba waktu siaran, ada saja yang sibuk nak tonton siaran lain. Ada yang berebut alat kawalan jauh sampai boleh bergaduh. Maklumlah, zaman dahulu tiada online streaming. Dah sah-sah tak ada siaran ulangan!

Foto Kredit: depositphotos.com

2. Berbalas Kentut

Bukan macam dengan orang lain, bila dengan adik-beradik, masing-masing tak adalah malu sangat bila bab melepaskan angin ini. Ada yang mengaku dan buat pengumuman, ada yang buat muka ‘tak tahu’.

Yang lawaknya, ada pula yang sengaja masuk ke bilik adik atau abang semata-mata nak melepaskan angin dan menyebabkan pencemaran. Balas dendam katanya. Aduhai…

Foto Kredit: sheknows.com

3. Mengajuk Cara Bercakap

Orang yang mempunyai adik-beradik adalah yang paling handal dalam bab-bab ini. Dari mana lagi kita belajar ejekan dan gurauan kalau tidak dengan adik-beradik sendiri.

Kadang-kadang kita tengah serius, boleh pula dia mengajuk semula apa yang kita cakap sambil meniru ekspresi muka yang menyakitkan hati. Marah memang marah, tapi rasa nak gelak pun ada.

mendidik anak

Foto Kredit: novinky.cz

4. Kenangan Gambar Lama

Sebagai adik beradik, kita mesti susah nak lupakan detik memalukan adik-beradik kita. Ia boleh dijadikan ‘senjata’ bila masing-masing mengungkitnya dan menjadikan kita bahan ketawa.

Kalau ada insiden atau gambar-gambar lama kita yang memalukan, baik minta mak ayah rahsiakan dan simpan jauh-jauh sebelum dijumpai oleh adik-beradik lain. Kalau tak, berhari-hari kita akan diketawakan.

5. Berebut Toilet

Waktu-waktu pagi memang huru-hara sebab masing-masing nak bangun paling lewat. Masing-masing saling menyuruh seorang lagi pergi mandi dulu. Akhirnya, bila dah lewat, semua pakat berebutlah kan?

Foto Kredit: naru-kawaii-chan.deviantart.com

6. Berebut Makanan Kegemaran

Stres betul kalau ada makanan kegemaran yang sama dengan adik beradik lain. Walaupun mak ayah dah sediakan cukup-cukup seorang satu, mesti ada juga yang tak puas hati. Kata saiznya besarlah, kecillah, macam-macam.

cara mengawal marah

Foto Kredit: chicagotribune.com

7. “Siapa last…”

Siapa ‘last’ makan, kena kemas sisa makanan. Siapa ‘last’ bangun, kena kemas tempat tidur. Siapa ‘last’, macam-macamlah yang kena buat. Tak tahulah kenapa kita asyik berlumba untuk benda-benda pelik begini.

Bila kita selalu jadi yang awal, memanglah seronok. Tapi kalau asyik jadi yang terakhir, tak ‘aci’lah kan?

8. ‘Tunjuk Taring’ Bila Mak Ayah Tak Ada

Biasanya kalau ibu ayah keluar, tanggungjawab menjaga adik-adik akan terletak pada abang atau kakak. Abang atau kakak bila datang perangai dia yang nak mengenakan kita mula meletakkan syarat-syarat tidak munasabah untuk kita patuhi.

Yang muda pula terpaksa berkelakuan baik dan tidak boleh melawan kata mereka. Kalau tak, habislah kelakuan kita akan dilaporkan pada mak ayah.

Yang menariknya, adik-beradik muda pula biasanya licik dan pasti ada cara untuk membalas perbuatan mereka bila ada peluang nanti. Akhirnya, bila mak ayah tahu, dua-dua akan ‘kena’.

Foto Kredit: huffingtonpost.com

9. Buat-buat Baik Bila Nak Minta Tolong

“Eh dia ni tiba-tiba baik dengan aku. Mesti ada apa-apa ni.” Selalunya sangkaan tersebut benar kerana kita memang kenal benar dengan perangai sebenar mereka.

Tak kiralah sama ada mahu menyimpan rahsia atau mahu pertolongan dari kita. Adik-beradiklah yang kita akan minta tolong sebab kita percaya pada mereka walaupun selalu usik-mengusik. Yalah, kali ini mereka perlukan pertolongan kita, mana tahu masa depan kita sesak dan perlukan bantuan mereka.

kelebihan anak bongsu

Foto Kredit: madten.com

10. ‘Buat Muka’

Walaupun di luar kita bukan main control, tapi dengan adik-beradiklah kita paling suka ‘buat muka’ paling pelik dan memalukan. Siap dengan aksi dan gaya yang luarbiasa.

Kalau diingat semula, memang susah betul nak dapat gambar yang cantik dan elok masa zaman kanak-kanak dulu. Ada saja yang tak kena. Mak ayah pun pasrah sajalah!

Foto Kredit: dreamstime.com

Walaupun Usik-Mengusik, Sayang Tetap Sayang

Kita yang membesar dengan mereka sajalah yang tahu bagaimana diri mereka yang sebenarnya. Mereka jugalah yang tahu apa fobia kita melalui pengalaman pahit dan kelemahan kita. Namun begitu, tidak dinafikan kasih pada adik-beradik tiada tandingannya.

Walaupun sebanyak mana kita bergaduh sesama sendiri, mereka jugalah orang yang paling kita percaya. Adik-beradiklah orang yang paling susah untuk lama bermasam muka. Mereka jugalah orang yang paling kita sayangi. Mereka menyimpan rahsia kita dan percaya pada kekuatan kita yang sebenar-benarnya.

Sekalipun jarak dan tanggungjawab keluarga makin memisahkan masa bersama, hargailah saat-saat istimewa bersama mereka!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×