Famili

Si Suami Kongsi Pengalaman Urus Rumah & Anak Tanpa Isteri Selama 70 Hari, Huru Hara Jadinya!

193
SHARES

Lumrah sebagai seorang isteri pasti banyak tanggungjawab yang perlu dilakukan di rumah. Antaranya adalah mengemas rumah, memasak, menguruskan anak-anak termasuklah keperluan suami. Tetapi, berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh suami ini dimana isterinya perlu menguruskan hal pendidikan di United Kingdom dan meninggalkan rumah, suami dan anak-anak selama 70 hari.

Macam mana si suami nak uruskan rumah dan anak-anak selama 70 hari tanpa isteri? Ini pengalaman lucu yang dikongsikan oleh si suami.

70 HARI ISTERI KE UK, TINGGAL BERSAMA 4 ORANG ANAK

Selamat Tahun Baru 2020. Selamat tinggal 2019. 22 Oktober 2019 sampai 31 Disember 2019

Ini tempoh masa di tahun 2019 yang aku takkan lupa sampai bila-bila. 70 hari wife aku ke UK atas urusan pengajian PHD. Tinggal kami 4 beranak di Malaysia. Aku dan 3 orang anak usia 7 tahun, 5 tahun dan 3 tahun. Banyak kejadian yang berlaku dan benda baru yang aku belajar. Banyak juga pengajaran untuk aku sebagai seorang lelaki, suami dan ayah.

Panjang entry ni. Bacalah. Ini pengalaman aku. Aku diuji dari segi mental. Diuji dengan tahap kedegilan dan kebuasan anak-anak. Dulu ada dua singa mengaum dalam rumah. Sekarang tinggal satu singa ja. Haha.

Ini yang terjadi dekat aku yang sangat-sangat menguji tahap kesabaran aku. Tiga kali. First, depa buat pesta telur dalam bilik air. 10 biji telur diseludup dari dapur dan dipecahkan dalam bilik air. Mandi telur. Habis satu rumah bau telur.

Second, depa buat pesta ubat gigi. Ubat gigi colgate saiz besar baru beli dipicit dan dilumur dalam bilik air. Habis satu rumah rasa berangin. Third, depa buat pesta slime. Penuh rambut dengan slime. Jenuh tonyoh nak bagi tanggal. Bila kita marah depa reyau panggil nama ibu. Aduh. Dari marah terus berombak dada. Untuk mengelak kejadian yang sama berulang, terpaksalah aku yang mandikan atau pantau aktiviti mandi-manda depa.

Itu belum lagi aktiviti sepah-menyepah. Boleh dikatakan setiap hari kena kemas dan menyapu rumah. Huh! Perit.

PAGI PETANG BERPERANG DENGAN ANAK!

Urusan sekolah bukan setakat pagi-pagi hantar anak-anak ke sekolah. Malam sebelumnya dah bermula urusan sekolah. Iron baju, iron kain, iron tudung. Susun buku dalam beg ikut jadual. Check alatulis. Pagi-pagi pulak nak berperang dengan depa punya mood. Kelam-kabut aku sorang-sorang nak handle 3 orang. Dengan nak ligan masa lagi. Stress aku!

Korang pernah rasa jantung terhenti sesaat bila anak hilang dari pandangan? Ni yang selalu jadi kat aku bila bawak anak-anak pi shopping barang-barang rumah. Hang ada dua biji mata yang hang nak tengok barang dan dalam masa yang sama nak kena tengok tiga orang anak.

Yang paling kerap hilang dari pandangan si hero. Lari serupa pelesit. Sup sap sup sap. Hilang! Dah la nak cari barang yang nak dibeli bukannya senang. Jenuh pusing satu mall. Letih oi! Benda yang aku paling tak suka bila makan kat luar. Reja nak gaduh ja. Kecoh satu kedai. Mula la aku nak naik angin. Tarik telinga reyau serupa kena dera. Mulalah orang pandang-pandang buat muka serupa aku ni kaki dera anak. Haha

Itu belum lagi order macam-macam lepas tu tak makan. Parak! Bila difikirkan tahap keparakan atau tahap damage bila makan diluar sudah sampai level kritikal, aku decide untuk cuba-cuba masak. Ini rare!

BELAJAR MASAK DENGAN ISTERI MELALUI YOUTUBE

Selama 8 tahun tak pernah masak. Tolak masak nasi dan rendam megi. Akhirnya dengan bantuan wife dari jauh, youtube dan google aku mula menumis bawang, potong sayur, siang ikan, mengunyit ikan dan ayam dan menggoreng. Unbelievable! Now, macam tak percaya aku dah boleh masak sardin, sup ayam, gulai ikan, kurma telur, lemak sotong kubis, maggi goreng mamak, nasi goreng sardin. Sekarang dah sampai tahap ada resepi, cukup bahan, kita kasi jadi. Rasa nak nangis bila anak-anak cakap sedap ayah masak. Kenapa bila ibu ada ayah tak masak? Haha.

So, ini boleh jadi antara aktiviti we-we time dengan wife nanti. Sweet-sweet. Haha. Sebelum ni lepas dinner, cuci pinggan, ambik remote bukak tv, layan movie. Mengantuk, lena. Jangan harap la boleh macam tu bila wife tak ada. Lepas dinner, cuci semua pinggan. Lap meja. Ambik penyapu sapu semua makanan yang bersepah sebab anak-anak depa patuk makanan. Haha. Lepas tu baru boleh layan movie.

Ingat boleh lena terus bila mengantuk? Kena kasi settle anak-anak dulu. Bancuh susu dulu. Lauk-lauk lebih kena simpan dulu. Part ni paling susah. Hang nak kena settlekan puzzle dalam peti ais. Nak susun lauk ke dalam peti ais. Lepas tu baru boleh lena. Menguji minda! Lepak mengeteh.

Ini aktiviti yang aku paling nak buat tapi tak boleh buat dalam tempoh 70 hari ni. Rasa murung oi dok rumah ja. Ada sekali tu sebab terlampau sangap sangat nak mengeteh dengan member, terpaksa aku angkut semua anak-anak ke warung. Parking kereta tepi meja, buka tingkap. Anak-anak makan dalam kereta. Huhu.

Yang paling best member-member pernah mai rumah ramai-ramai tengok bola di rumah sebab aku tak boleh keluar malam. Thank you geng! Pernah sekali aku ke KL 3 hari dengan anak-anak untuk hadir majlis konvo adik ipar. Ini paling azab. Azab nak pack baju depa. Mana baju jalan, mana baju tidoq yang sepasang, mana baju basahan, botol susu, susu dan pampers.

Azab perjalanan ke KL dengan depa bergaduh dalam kereta. Kencing tembus pampers. Basah seluar dan baju. Jalan sat berak pulak. Adoi la. Azab! Macam tak percaya berat aku boleh turun 3kg tanpa bersenam. Perut pun dah kempis. Pelik tapi benar. Tak tau la sebab apa. Mungkin sebab tahap aktif luar biasa uruskan rumah dan anak-anak. Mungkin sebab rindu? sunyi? Haha

“AKU RESPECT ORANG PEREMPUAN, MEREKA LEBIH KUAT SEBENARNYA”

Tapi aku rasa sebab aku belum cukup kuat untuk handle semua hal-hal rumah dan anak-anak tanpa isteri. Aku mampu buat tapi tak sempurna. Aku respect orang perempuan ni. Depa lebih kuat sebenarnya. Mental lebih kuat. Lebih penyabar dan lebih multitasking. Perfect! The positive thing yang aku dapat dalam 70 hari ni aku lebih rasa menghargai, lebih memahami wife aku. Aku dapat rasa apa yang dia rasa. Bukan mudah nak buat semuanya dalam satu masa. Sangat susah. Tapi wife selalunya nampak tenang ja kan.

Sebab tu kita dijadikan berpasangan. Saling tolong-menolong. Kita tetap lelaki walaupun kita pegang penyapu dan menyapu. Kita tetap lelaki walaupun kita kutip pakaian kotor dan basuh. Kita tetap lelaki walaupun kita lipat pakaian yang menimbun. Kita tetap lelaki walaupun kita masuk dapur. Kita tetap lelaki walaupun kita mengemas rumah. Alhamdulillah aku tak bertukar menjadi perempuan pun selepas aku buat semua benda-benda ni.

Dah boleh berhenti viral pasal wife masuk kereta ja tidur. Sebab itulah masa mereka berehat. Wife bersiap 2 jam. Banyak yang dia nak kena siapkan sebelum dia siapkan diri dia. Wife masuk semua lorong dalam mall dan berjam-jam. Banyak barang rumah yang dia nak kena beli. Kita sendiri pun tak pernah ambik tahu apa barang yang tak cukup di rumah. Semua wife yang uruskan. Biarlah dia cari dan cukupkan semua barang yang tak cukup.

Appreciate them! Syukur kepada Allah sebab tak pernah tarik nikmat sihat dalam tempoh 70 hari ni. Alhamdulillah. Maafkan ayah. Kesian anak-anak ayah sebab inilah cuti sekolah yang paling membosankan.  Paling best 70 hari ni father, daughter, son bonding time. The best ever quality time. Aydeen pun sebelum tido selalu cakap “saaaaayaaannngggg yayah”. Sebelum ni tak pernah pun. Selalu “saaaaayaaaannngggg ibu” je. Jangan jeles Marliza Mostapha.

Terima kasih kepada abah, kakti MarIsha Mustafa dan nani Nanie Mostapha yang sanggup datang dari johor dan KL jenguk cucu-cucu dan anak buah walaupun sekejap. Terima kasih juga kepada paksu izat Muhammad Izzat dan maksu fifi Fikriah Fifi datang bawak lauk.

*70 hari yang sangat meletihkan tapi ini pengorbanan aku sebagai seorang suami untuk memenuhi impian dan cita-cita seorang isteri. Aku ikhlas. #70hari

Sumber : Mohd Effendy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×