Hebahan

Seven Seas Edar 187 Hidangan Percuma di SK Seri Nilam

1
SHARES

Kantin di Sekolah Kebangsaan Seri Nilam, Kuala Lumpur baru-baru ini dimeriahkan dengan hidangan kepada 187 pelajar dan kakitangan sewaktu rehat – bagi melancarkan inisiatif Seven Seas Malaysia seluruh Negara.

????????????????????????????????????

Salah sebuah jenama kesihatan tambahan di bawah Merck, syarikat farmaseutikal dan kimia tertua di dunia, Seven Seas menyediakan hidangan bernutrisi sebagai sebahagian daripada program #FreeCanteen yang dimulakan oleh Aktivis Sosial, Syed Azmi Alhabshi.

Ia berada di bawah naungan kempen Seven Seas #DontWorryMom yang dilancarkan awal tahun ini, sejajar dengan usaha berterusan jenama tersebut bagi meringankan beban ibubapa.

????????????????????????????????????

“Salah satu daripada keutamaan kami di Seven Seas adalah memastikan kanak-kanak mempunyai kehidupan yang sihat dan bahgia. Sebab inilah kami berganding bagu bersama-sama Syed Azmi menerusi program #FreeCanteen, bagi menggalakkan kesihatan dan nutrisi lebih baik di kalangan kanak-kanak, terutamanya mereka dari golongan kurang bernasib baik,” ujar Richard Lee, Pengurus Besar Merck Consumer Health Division, Malaysia.

“Kami melancarkan #FreeCanteen bagi mendidik kanak-kanak nilai hidangan bernutrisi dan manfaatnya kepad kesihatan dan kesejahteraan. Kami berbesar hati dengan kolaborasi bersama-sama Seven Seas, kerana kini kami boleh mencapai lebih ramai kanak-kanak di seluruh Malaysia dan memupuk tabiat makanan sihat dari kecil,” ujat Syed Azmi.

????????????????????????????????????

Sebagai sebahagian daripada kempen #DontWorryMom, Seven Seas telah berikrar untuk menyumbang RM1 bagi setiap produk Seven Seas Kanak-Kanak dari April hingga Jun. Dalam masa tiga bulan, sejumlah RM25,000 telah dikumpul dan disalurkan kepada menyediakan hidangan percuma kepada lebih kurang 6,000 kanak-kanak kurang bernasib bagi di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut berkaitan, Seven Seas, produknya atau kempen #DontWorryMom, sila layari https://www.seven-seas.com/en_MY/home.html.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×