Famili

“Setiap 1 Jam Kena Pam Susu Dapat 1 Jug, Lambat Sikit Terus Bengkak…”

2
SHARES

Ibu mana yang tidak mahu berikan susu badan untuk anak-anak sendiri bukan? Mempunyai khasiat yang tinggi, bukan semua dalam kalangan ibu yang mempunyai susu badan yang banyak. Namun berbeza pula dengan wanita ini dimana dia mengalami ‘oversupply‘ susu badan sehingga terpaksa pam setiap satu jam. Bukan itu sahaja, susu badan yang dapat pun boleh sampai satu jug dan mengalir macam air paip!

SETIAP 1 JAM KENA PAM SUSU

Menyusukan bayi satu jihad buat wanita bergelar seorang ibu.. Nampak mudah, tapi besar. Siapa ada pengalaman macam saya.. susu terlampau banyak sampai setiap 1 jam mesti kena pam. Stok susu sampai penuh 1 peti ais, guna botol kecil pun tak cukup sehingga setiap kali pam kena gunakan jug air.. Allah.. nikmat dari Allah.

Tapi jika sehingga memudaratkan, sampai terpaksa beli pil keringkan susu, tak sanggup sehingga demam-demam bengkak susu.. bersalin sehingga anak kedua pun mempunyai pengalman yang sama.

susu banyak

Menurutnya, walaupun dikurniakan rezeki susu yang meriah, ternyata ini bukan pertama kali. Pada kelahiran anak pertama juga dia sudah mempunyai susu yang banyak dan situasi yang sama berlaku pada anak kedua. Bukan itu sahaja, dia juga terpaksa mengambil pil untuk keringkan susu kerana payudara akan bengkak jika anak terlambat hisap atau pam.

SAMPAI BASAH BAJU KALAU TERLAMBAT PAM

Sebagai wanita bekerjaya juga, dia juga turut menceritakan bahawa terpaksa berulang-alik ke surau setiap jam untuk mengepam susu. Jika kebetulan ketika itu mempunyai kerja yang banyak, memang boleh basah baju, tekap dengan kain pun tak boleh kerana susu menitik-nitik.

Memang rezeki dikurniakan susu yang banyak dan berkualiti untuk anak-anak, namun jika terlampau mudarat untuk diri anda, pastikan dapatkan rawatan dari pakar ya!

Sumber: Man Bam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×