Hebahan

Sesi Persekolahan 13 & 14 Jun Diteruskan Secara PDPR Selama 25 Hari- KPM

1.9K
SHARES

Terbaharu, dalam sidang media khas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin, beliau menjelaskan situasi terkini Takwin Persekolahan KPM 2021.

Sekarang, semua pelajar masih berada dalam fasa Cuti Pertengahan Tahun dan sekolah akan dibuka semula bermula 13/14 Jun ini. Nampaknya, sesi persekolahan selama 25 hari akan diteruskan lagi secara Pdpr.

PDPR DISAMBUNG 25 HARI LAGI

13 Jun- Negeri A (Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu)

14 Jun- Negeri B (Melaka, Negeri Sembilan. Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Labuan & WP Putrajaya)

Untuk tempoh 25 hari persekolahan ini, KPM akan melaksanakan secara PdPR. Ini juga terpakai untuk semua jenis sekolah berdasarkan takwim masing-masing.

Bukan itu sahaja, bermula 16/17 Julai hingga 25/26 Julai, Cuti Pertengahan Penggal akan bermula dan berlangsung seperti biasa. Selepas cuti pertengahan penggal ini, sekolah akan dibuka semula dan pendekatan pada waktu itu akan diumumkan oleh pihak KPM sebelum sekolah dibuka mengambil kira keadaan semasa.

Didik TV akan diteruskan penyiaran selama 15 jam sehari.

Sumber: Buletin TV3 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×