Famili

Seronoknya Oreo Edisi Terhad Ni, Siap Ada Abjad & Emoji Yang Menjadi Rebutan Di Pasaran!

4K
SHARES

Sebut saja OREO, anda mesti teringat iklan “putar, jilat dan celup”. Rasa OREO yang sedap memang tak pernah mengecewakan dari dulu sampailah ke anak-anak kita pun suka. Pantang pergi beli barang, mesti anak anda sibuk nak masukkan OREO dalam list beli-belah kan.

Bila dapat tu, bukan main seronok lagi. Haa.. Nak tahu apa yang akan buat anak anda lebih happy?

Biskut OREO dengan emoji dan abjad. Anak anda mesti suka!

Untuk pengetahuan anda, OREO tampil memberi kelainan kepada biskutnya. Anak anda pasti akan excited bila dapat tahu ada biskut OREO Edisi Terhad dengan seleksi huruf dan emoji. Comel sangat!

Dapatlah anda meluangkan masa bersama keluarga dan nikmati OREO Edisi Terhad dengan anak-anak. Yang paling best, anda kini boleh mengeskpresikan rasa dengan #SayItWithOreoMY tanpa menggunakan suara dan tulisan tau.

Berhubung dan berkomunikasi dengan lebih rapat

Sebagai ibu bapa, anda mesti merasa penat setelah pulang dari kerja. Anak-anak pula perlukan perhatian lebih setelah seharian tidak berjumpa dengan anda. Jadi, apa kata anda hilangkan rasa letih dengan bermain dan menikmati OREO yang enak ini dan tunjukkan rasa kasih sayang kepada anak anda.

Anda boleh bermain scrabble dengan menggunakan biskut OREO Edisi Terhad. Anak anda juga boleh melakukan apa saja dengan imaginasi mereka. Dengan itu, tiada lagi halangan untuk anda meluangkan masa dengan anak-anak.

Luahkan rasa kasih sayang dengan emoji dan abjad pada biskut oreo

Kini dengan biskut Oreo Edisi Terhad, anda dan anak anak anda dapat meluahkan rasa dengan hanya menggunakan biskut oreo emoji dan abjad ini!

Sertai peraduan #SayItWithOreo & menangi hadiah sehingga RM100,000!

Peraduan #SayItWithOreoMY menampilkan pelbagai aktiviti menarik antaranya pertandingan foto kreatif dan permainan teka kata. Paling best, anda berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM100,000. Lumayannya!

Pertandingan #SayItWithOreoMY terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berusia 18 tahun ke atas. Jadi, anda jangan lepaskan peluang ini kerana ianya bermula 1 Jun sehingga 31 Ogos 2020.

Permainan apa yang ada dan macam mana nak sertai?

Mudah saja! Rujuk permainan yang kami senarikan di bawah dan anda boleh pilih nak sertai yang mana.

Peraduan WhatsApp :

  1. Beli mana-mana produk OREO
  2. Hantarkan Whatsapp dengan butiran berikut ke 016-2274982. OREO [ruang] NAMA [ruang] ALAMAT E-MEL [ruang] NO. RESIT [ruang] PERUNCIT

Anda mungkin berpeluang memenangi satu daripada 150 hamper OREO.

Peraduan Foto:

  1. Beli mana-mana produk OREO
  2. Ambil gambar dengan gaya paling kreatif
  3. Muat naik gambar anda ke Facebook atau Instagram dengan hashtag #SayItWithOreo. Pastikan akaun anda dalam mod tetapan umum

Jika anda yang terpilih, anda bakal membawa pulang hadiah utama wang tunai RM5,000!

SayItWithOreo Mini Game: 

  1. Beli mana-mana produk OREO
  2. Layari laman web #SayItWithOreoMY dan isi maklumat anda
  3. Main permainan tersebut dan tebus mata ganjaran anda untuk menang hadiah

Ada pelbagai barangan edisi terhad untuk anda menangi termasuklah jaket hoodies OREO, bean bags, tote bags, kusyen dan banyak lagi!

Ekspresikan diri anda dengan pek edisi terhad OREO hari ini!

Jom dapatkan OREO Edisi Terhad ini dan sertai peraduan #SayItWithOreoMY. Anda mungkin salah seorang pemenang bertuah untuk membawa pulang hadiah yang ditawarkan OREO. 

OREO Edisi Terhad hadir dalam dua perisa iaitu rasa asli dan coklat. Dapatkannya di kedai berdekatan atau secara dalam talian termasuk Giant, Mydin, AEON dan Lazada. Anda boleh mendapatkan satu pek dengan harga hanya RM3.30 atau multipek dengan harga RM5.89.

Manfaatkan setiap saat bersama keluarga dan rakan anda dengan #SayItWithOreoMY!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×