Teknologi

Ajar Anak Sentuhan Selamat & Tak Selamat. 5 Video Youtube Ini Ibu Ayah Boleh Rujuk

507
SHARES

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat pada 24 Jun hari ini melancarkan video pendidikan seks untuk kanak-kanak di medium digital Youtube sebagai usaha terbaharu kerajaan mengurangkan jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia.

Mendidik Kanak-kanak Berkaitan Sentuhan Selamat

Objektif pelancaran video PSA Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak atau dikenali sebagai Video Pendidikan Seks ini adalah untuk mendidik Kanak-kanak berkenaan dengan “safe touch and bad touch” agar ia mencapai matlamat KPWKM bagi mengurangkan kes jenayah seksual kanak-kanak di Malaysia.

Difahamkan bahawa kumpulan sasar utama video ini adalah kanak-kanak yang sedang melayari Youtube.

Video berdurasi kira-kira seminit tersebut merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia dan akan disiarkan bermula hari ini dalam bentuk iklan sebelum video pilihan kegemaran dan pilihan kanak-kanak disiarkan di platform tersebut.

KPWKM menyasarkan video ini bakal ditonton oleh 150,000 kanak-kanak.

Pengetahuan dan kesedaran yang disampaikan melalui video ini merupakan perkara asas yang kanak-kanak perlu tahu untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa dan membantu mereka mengenal pasti tingkah laku mencurigakan yang sepatutnya dilaporkan.

5 Video Dilancarkan Di Youtube

Terdapat 5 buah video yang dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri dalam Kempen Kesedaran Pendidikan Seks di Kalangan Kanak-Kanak Melalui Media Sosial (YouTube).

Kesemua video tersebut merupakan hasil kolaborasi dengan Malaysians Against Pornography (MAP), sebuah badan NGO yang memperkasakan ibu bapa dan kanak-kanak terhadap jenayah seksual.

Berikut adalah senarai link bagi video tersebut bagi rujukan anda.

PSA Jenayah Seksual Terhadap Kanak-kanak

Bil. 1

https://youtu.be/OgqLIcy3Qts

Bil. 2

https://youtu.be/QVSQtVZRhHU

Bil. 3

https://youtu.be/1qYSfgHS5Fc

Bil. 4

https://youtu.be/KIoXsRVrVrA

Bil. 5

https://youtu.be/5mFr0pVuLgE

Semoga penyediaan video ini sedikit sebanyak dapat memberi kesedaran dan memperkasakan kanak-kanak, tidak kiralah lelaki ataupun perempuan serta ibu bapa dalam mengukuhkan ilmu berkaitan pendidikan seks.

Pendidikan seks tidak sepatutnya dianggap negatif, bahkan ia perlu dibincangkan dan diberi penerangan oleh ibu bapa kepada anak-anak sebelum mereka terdedah kepada sumber yang salah dan mungkin boleh merosakkan diri sendiri!

 

 

*Untuk maklumat lanjut dan update terkini, sila layari saluran YouTube KPWKMTV.

Most Popular

To Top