Kebiasaannya, Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) dipenuhi dengan kanak-kanak Melayu kerana ia merupakan pusat pendidikan yang berasaskan pembelajaran agama Islam. Namun berbeza pula dengan sebuah sekolah PASTI di Johor ini dimana pelajarnya terdiri daripada seorang kanak-kanak berbangsa India. Walaupun berlainan agama, murid cilik tersebut sudah fasih berbahasa Arab!
KANAK-KANAK INDIA FASIH BERBAHASA ARAB
Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Ismail telah memuat naik beberapa keping gambar Reshannya dimana kanak-kanak tersebut boleh membaca beberapa doa seperti doa makan dan doa belajar dalam bahasa Arab.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi orang ramai dan rata-rata mereka memuji tindakan murni ibu bapa Reshannya disamping mendoakan kecemerlangan buat kanak-kanak tersebut.
COMELNYA!
Ternyata ramai yang mengagumi ibu bapa Reshannya dan dirinya sendiri kerana bukan mudah sebenarnya untuk anda mempelajari Bahasa Arab. Kita sendiri pun ‘tergeliat’ lidah nak berbahasa Arab kan?
‘MASYAALLAH’
‘SEMOGA DIBERI HIDAYAH BUAT SELURUH KELUARGA’
Sumber: IsmaJannah