Asuh

“Nasi, Kicap & Leher Ayam Je?”- Ibu Kesal Pihak Tadika Beri Anak Makan Ibarat Makanan Kucing

1K
SHARES

Tidak semua ibu bapa mempunyai masa yang cukup untuk menjaga anak dengan sendiri di rumah kerana kekangan kerjaya. Jadi, solusinya adalah dengan menghantar anak-anak ke puasat penjagaan sama ada pengasuh ataupun tadika yang bersesuaian. Inilah dimana pusat penjagaan tersebut telah diamanahkan oleh ibu bapa untuk menjaga anak-anak dengan sebaik mungkin.

Namun, berbeza pula dengan perkongsian ibu di lama Facebook ini dimana dia mendapati tadika yang dihantar anak menyediakan makanan secara lewa kepada anak-anak di pusat penjagaan tersebut. Patutlah anak selalu mengadu asyik makan nasi, kicap dan leher ayam sahaja!

TADIKA BERI ANAK MAKAN NASI, KICAP DAN LEHER AYAM?

Kita mengharapkan anak kita dijaga dgn baik tanpa mempersoalkan bayaran bulanan yang perlu dibayar. Tapi sebaliknya inilah makanan yang diberikan kepada anak-anak transit dan tadika..

Sebelum ini anak ada mengadu hanya makan nasi, kicap dan telur dadar.. Tapi saya tak endahkan sebab ingat kan kadang-kadang sahaja. Tapi bila kerap anak mengadu, saya pergi sendiri ke taska untuk memastikan. Ternyata makanan yang disediakan hanya lah nasi, kicap, Dan dua ketul ayam bahagian leher yang dikongsi oleh 6orang anak. Mohon penjelasan dari pihak tadika terbabit.

“INGAT BAGI MAKAN KUCING KE?”

Bukan sahaja menimbulkan kemarahan bagi ibu sendiri, malah perkongsian ini turut mengundang kemarahan orang ramai. Rata-rata ramai pengguna laman Facebook meluahkan rasa kesal pihak taska berkenaan menyediakan makanan sebegini terutama sekali untuk anak-anak yang membesar. Sepatutnya diberikan makanan sihat!

Sumber: Sharifah Hasinah Shahajam

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×