Sihat

Senarai Produk Sapuan Mengandungi Kapur Barus Yang Tak Sesuai Untuk Anak Usia 2 Tahun Ke Bawah

1.7K
SHARES

“Anak aku sakit perut ni, letak jelah minyak angin apa yang ada…”

Salah satu solusi yang akan dilakukan oleh ibu bapa apabila anak mengalami kembung atau sakit perut adalah menggunakan minyak angin. Namun, ramai dalam kalangan ibu bapa yang masih tidak peka dengan kandungan minyak angin tersebut sama ada sesuai untuk anak-anak yang masih kecil ataupun tidak.

Jadi, ini adalah senarai beberapa jenis minyak angin atau ubat yang mengandungi kapur barus tidak sesuai untuk anak-anak berada dalam lingkungan usia 2 tahun. Hati-hati ya!

Produk Mengandungi Camphor BUKAN Untuk Kanak Kanak Bawah 2 Tahun.

Camphor atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang ada di pasaran. Ia digunakan untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selsema.

Walaubagaimanapun. produk yang mengandungi kapur barus TIDAK SESUAI untuk digunakan untuk kanak kanak yang berusia 2 tahun ke bawah. Ia boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk mereka. Jika anda perhatikan kotak produk yang berdaftar, ada tanda amaran yang diletakkan.

Hati hati ya, jangan letak di hidung, mata atau kulit yang luka. Bahan dari kapur barus ini boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.

Sumber : Public Health Malaysia

Most Popular

To Top