40 Minggu

Senarai Hospital Rakan Bayi – Ada Kaunselor Laktasi, Bantu Penyusuan Ibu Secara Eksklusif!

369
reads
Hospital Rakan Bayi

Andaikan anda baru pertama kali melahirkan anak. Senang kata, first time mother. Bagaimana perasaan masa itu. Bercampur baur bukan? Mixed-feeling. Gembira sebab dapat baby baru, dalam masa yang sama, takut sebab ada perasaan yang berkata dan hati berbisik, “Betul ke aku dah jadi mak ni? Macam mana nak handle anak ni?”

Kalau ada emak lagi, mungkin dia boleh tolong-tolong sedikit, ajar mana yang patut. Boleh juga emak tolong tengok-tengokkan cara kita susukan bayi.

Bagaimana jika tiada siapa yang dapat membantu? Bagaimana jika ibu-ibu yang baru melahirkan anak ini rasa tertekan dan blur, tidak tahu mahu buat apa?

Hospital Rakan Bayi

Maka, atas inisiatif Kementerian Kesihatan Malaysia, Hospital Rakan Bayi dibentuk untuk melindungi, mempromosi dan menyokong Penyusuan Susu Ibu iaitu dengan :-

  • Mewujudkan sebuah persekitaran yang menyokong ibu-ibu bagi menyusukan anaknya dengan susu ibu.
  • Menyediakan sebuah perkhidmatan yang membantu ibu menyusukan anaknya.
  • Menjalankan polisi yang melindungi penyusuan susu ibu.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi adalah merupakan satu inisiatif global Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) yang bertujuan untuk memastikan setiap bayi mendapat permulaan kehidupan yang terbaik melalui persekitaran yang menyokong penyusuan susu ibu.

Inisiatif Hospital Rakan Bayi (BFHI) telah dilancarkan pada tahun 1991. Sehingga kini lebih daripada 20,000 hospital di seluruh dunia telah diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi. Malaysia telah melaksanakan inisiatif ini semenjak daripada tahun 1993. Pada tahun 1998, Malaysia telah diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia sebagai negara ketiga di dunia mempunyai 100% hospital kerajaan yang diiktiraf sebagai Hospital Rakan Bayi.

Berikut ialah senarai Hospital Rakan Bayi (Kemaskini 2012)

PENTING!: Ini senarai lama tahun 2012 dan boleh download di sini. Kami tidak pasti samada ada senarai baru atau tidak. Untuk kepastian, sila hubungi pihak hospital atau Kementerian Kesihatan Malaysia supaya mendapat maklumat yang lebih jelas.

Senarai Hospital Rakan Bayi

Senarai Hospital Rakan Bayi

Senarai Hospital Rakan Bayi

Senarai Hospital Rakan Bayi

Senarai Hospital Rakan Bayi

Senarai Hospital Rakan Bayi

Yang Popular

To Top