Istimewa Hari Ahad**SIARAN FILEM PERDANA**
Bermula 4 September, Ahad, 9 pagi – 2 tengahari
Jangan terlepas siaran FILEM PERDANA ini di Disney Channel!
- The Amazing Spider-Man, 4 September pada 2 tengahari
- My NeighborTotoro, 11 September pada 9 pagi
- Stitch! Perfect Memory, 11 September pada 11 pagi
- Planes Fire & Rescue, 25 September pada 9 pagi
LEGO Star Wars: The Freemaker Adventures **SIARAN PERDANA**
10 September, Sabtu, 11.30 pagi
Freemakers adalah keluarga biasa di angkasa lepas yang menjelajah galaksi mencari bahan buangan untuk membina dan menjual kapal angkasa. Apakah pengembaraan yang bakal dihadapi mereka apabila anak mereka menjumpai pertalian rapatnya dengan kuasa Force? Sertai pengembaraan mereka yang menakjubkan dalam SIRI BAHARU mulai SIARAN PERDANA yang bakal disiarkan pada 11.30 pagi, 10 September!
Chip N Dale’s Rescue Rangers
Bermula 5 September, Isnin hingga Jumaat, 11.30 pagi
Sertai detektif Chip dan Dale dalam tugasan mereka menangani kes jenayah bersama kawan-kawan dan melawan musuh-musuh ketat mereka, kucing gemuk Fat Cat bergaya Mafia serta saintis gila Norton Nimnul! Jangan terlepas kisah kedua detektif bersaiz kecil ini dari 5 September, Isnin hingga Jumaat pada 11.30 pagi dan 3 tengahari.

TIGGER, PIGLET, POOH, EEYORE, DARBY, BUSTER
My Friends Tigger & Pooh
Bermula 5 September, Isnin hingga Rabu, 8 pagi
Berapa kes yang boleh anda selesaikan dengan Super Sleuths? Sertai Winnie-the-Pooh, Tigger dan kawan-kawan mereka yang lain dari Hundred Acre Wood tatkala mereka berganding bahu dengan Darby dan anjingnya Buster untuk menyelesaikan kes! Tontoni mereka beraksi dari 5 September, Isnin hingga Rabu, 8 pagi, hanya di Disney Channel!
Super Hero Mania: Suit Up Spidey!
16 September, Jumaat, 5.30 petang – 10.30 malam
Adakah deria Spidey anda sedang bergegar? Jangan terlepas semua aksi dalam program Spiderman kegemaran anda, bermula dengan LEGO MARVEL Super Heroes: Avengers Reassembled, Ultimate Spiderman: Spider Verse, dan The Amazing Spider-Man pada 16 September dari 5.30 petang ke 10 malam!