Famili

Senarai Barang Hantaran Perkahwinan Yang Ringkas. Juga Ada Idea Gubahan!

1.3K
SHARES
Senarai Barang Hantaran Perkahwinan

Senarai Barang Hantaran Perkahwinan

Musim cuti sekolah adalah sinonim dengan majlis perkahwinan. Kadang-kadang, undangan perkahwinan sangat banyak, tidak sempat untuk pergi semua.

Itu bagi orang yang menerima undangan. Bagaimana pula keluarga dan bakal pengantin? Sudah semestinya banyak proses yang perlu dilalui dan salah satu daripadanya, menyediakan senarai barang hantaran kepada pihak pasangan.

Ikut peredaran zaman

Kita sudah mula melihat trend baru-baru ini mengenai barang hantaran dan tidak kurang juga yang menggunakan kesempatan ini untuk membeli sesuatu yang diminati pasangan masing-masing. Kita ambil contoh seseorang yang ingin mengahwini seseorang yang memang kaki pancing, kita hadiahkan pasangan kita tadi joran. Kemudiannya kalau pasangan kita itu seorang yang suka bermain permainan video, ada yang beli set konsol PS4 atau Xbox.

Ini secara tidak langsung, membuktikan bahawa perkahwinan itu tidak bererti yang segala hobi atau minat tadi akan terpadam dengan berlangsungnya perkahwinan tadi. Indah bukan?

Setakat ini, belum pernah dengar lagi ada pasangan yang menghadiahkan telefon pintar kerana suka main Clash of Clans (COC).

Senarai Barang Hantaran Perkahwinan

Set minyak wangi RAYSHA PERFUMES™ sebagai barang hantaran yang comel!

Set minyak wangi RAYSHA PERFUMES™ sebagai barang hantaran yang comel!

Ikut adat turun temurun

Tetapi itu hanya trend, seeloknya kita ikut dulu adat kemudian baru kita ikut citarasa masing-masing. Saya pasti tak ramai yang tahu selok-belok adat ni, terutama anak yatim piatu yang tidak mempunyai orang tua yang boleh menasihatkan mereka tentang adat ini. Ataupun ada juga sesetengah pihak yang mungkin telah berubah ke arah kemodenan sehingga terlupa tentang adat ini.

Senarai Barang Hantaran Perkahwinan

Senarai barang hantaran yang ringkas

Oleh yang demikian, senarai barang hantaran tersebut boleh dijadikan sebagai rujukan. Tetapi sebelum kita bermula, bilangan dulang barang hantaran adalah ganjil. Dan pihak perempuan pada kebiasaannya akan menghadiahkan lebih dua dulang berbanding hantaran pihak lelaki.

  1. Wang mas kahwin dan/atau hantaran
  2. Barang kemas, boleh jadi cincin, rantai, gelang. Apa sahaja yang boleh disarungkan oleh suami ke atas isteri
  3. Senaskhah Al-Quran atau telekung atau sejadah
  4. Sepasang set persalinan samada sudah lengkap atau kain pasang
  5. Buah-buahan
  6. Coklat atau manisan
  7. Tepak sirih

Menurut portal Wanista.com pula, berikut ialah beberapa contoh hantaran untuk lelaki dan perempuan.

Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

  1. Sirih Junjung
  2. Kemeja/Seluar
  3. Beg duit/Tali Pinggang
  4. Al-Quran Biasa/Digital
  5. Sejadah
  6. Jam Tangan
  7. Set Minyak Wangi /Barangan peribadi contoh barangan mandi
  8. Kasut
  9. Buah-buahan
  10. Kek/Kek Cawan
  11. Coklat
  12. Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

  1. Mas kahwin/Duit Hantaran
  2. Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
  3. Tepak sirih
  4. Al-Quran Biasa/Digital
  5. Sejadah
  6. Potpourri/Bunga Rampai
  7. Jam tangan
  8. Kasut
  9. Telekung
  10. Beg Tangan
  11. Set Wangian /Barang mekap
  12. Buah-buahan
  13. Kek/Kek Cawan/ Coklat

Idea gubahan hantaran

Mungkin senarai kami di atas itu terlalu generic. Anda mungkin tidak nampak secara visual, bagaimana bentuk gubahan hantaran itu. Terima kasih kepada Athiqah Rosli yang sudi mengumpul dan berkongsi idea serta inspirasi untuk gubahan dan hiasan barangan hantaran yang kreatif melalui Pinterest.

Yang penting-penting sahaja

Kalau sudah ikut adat, barulah boleh ikut kemampuan masing-masing untuk menghadiahkan apa yang digemari pasangan kita itu tadi. Takut terlanggar adat nanti, ada yang akan tersinggung dan mulalah orang sekeliling berkata-kata yang tak manis untuk didengar.

Dah cukup senarai barang hantaran tu, boleh mula untuk design dulang dan barang hantaran tersebut mengikut tema atau warna majlis perkahwinan kita tu. Barulah meriah orang kata.

Akhir kata

Walau apa pun, pastikan kita tak berbelanja lebih daripada apa yang kita mampu. Ada yang sanggup bergolok gadai untuk membeli barang hantaran yang dahsyat-dahsyat dan mengadakan majlis perkahwinan di hotel-hotel mewah, tetapi sayangnya jodoh perkahwinan tak panjang. Kesemuanya ketentuan Illahi.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×