Sebelum ini orang ramai terkejut dan berasa marah dengan kejadian tragis menimpa seekor gajah bunting yang mati akibat diberi makan nanas berisi bahan letupan. Kejadian yang berlaku di India itu membuatkan ramai marah dengan si pelaku tersebut. Lebih menyedihkan apabila gajah tersebut dijumpai mati berdiri di dalam sebatang sungai.
Terbaru, menurut perkongsian di laman Instagram Animal Hope and Wellness, seekor lembu betina yang juga sedang bunting pula menjadi mangsa kepada perilaku manusia yang berhati kejam! Lembu hamil tersebut telah mengalami kecederaan teruk dibahagian rahangnya gara gara memakan tepung gandum yang berisi bahan letupan.
Kejadian Berlaku Di Daerah Jhandutta
Kejadian tersebut berlaku pada 26 May lepas tetapi mendapat perhatian setelah pemilik lembu tersebut, Gurdayal Singh memuat naik video lembunya itu di laman media sosial. Video tersebut telah viral dan membuatkan ramai mahukan tindakan tegas diberikan terhadap si pelaku.
Perbuatan khianat itu mengakibatkan rahang lembu tersebut meletup dan hancur dalam sekelip mata. Menurut Gurdayal, dia telah membuat laporan polis dan suspek merupakan jirannya sendiri. Superitendan Polis Bilsapur, Devakar Sharma berkata lembu tersebut telah diberi makan gandum yang berisi bahan letupan yang mudah meletup dipanggil ‘aalu bomb’.
Walaubagaimanapun, anak dalam kandungan haiwan tersebut berjaya dilahirkan dengan selamat. Kes tersebut dibicara bawah Seksyen 286, Prevention of Cruelty to Animals Act dan suspek utama dan orang lain yang terlibat dalam kes ini akan disiasat.
Orang Ramai Luah Rasa Sedih & Marah Di Ruangan Komen
Perkara ini juga telah mengundang pelbagai reaksi dari pengguna laman Instagram. Ada yang sedih dengan kejadian tersebut dan ada juga yang bersuara agar si pelaku tersebut menimpa hukuman setimpal.
Antara komen pengguna Instagram.
Sumber : Animal Hope and Wellness , Hindustan Times