Hebahan

Selangor Islamic Fest 2015 di Shah Alam, Selangor

Selangor Islamic Fest

Selangor Islamic Fest 2015

Selangor Islamic Fest

SELANGOR ISLAMIC FEST 2015
Berkongsi Inovasi & Kemajuan Islam Melalui Seni & Budaya 30-31 Mei 2015, Stadium Malawati, Shah Alam

21 Mei 2015, Shah Alam – Selangor Islamic Fest 2015 yang bakal berlangsung selama dua hari ini bertujuan untuk menyampaikan nilai-nilai murni Islam dengan memaparkan inovasi dan kemajuan Islam itu sendiri melalui perspektif masyarakat yang sederhana.

Zaman kegemilangan Islam telah banyak menyumbang kepada permulaan sains, perubatan, astrologi, algebra dan banyak sektor-sektor lain. Ulama Islam telah membina balai cerap yang pertama di dunia, pembangunan astrolabe, satu alatan dikenali sebagai “permata matematik” dan bereksperimen dengan diet, ubat-ubatan, pembedahan, dan anatomi. Tempoh ini juga menyaksikan kemajuan dalam sektor pertanian, dengan rangkaian pemeliharaan telaga, terusan bawah tanah dan kincir air.

Bagi menyampaikan mesej Islam kepada penduduk tempatan dan para pengunjung, festival ini akan mempamerkan beberapa karya terbaik Islam melalui pameran artifak bersejarah Islam, fesyen & pesta makanan, pertandingan memanah, muzik dan seni.

Selangor Islamic Fest

Di majlis pelancaran Selangor Islamic Fest 2015

Selaras dengan Tahun Melawat Selangor 2015 (TMS 2015), festival ini merupakan tapak yang ideal untuk berkongsi mengenai sejarah Islam; bukan sahaja kepada orang Islam tetapi kepada orang ramai; berkongsi maklumat menarik dan yang terbaik mewakili pelbagai inovasi dan kemajuan yang berorientasikan Islam.

Selangor Islamic Fest 2015 juga merupakan pembuka mata bagi orang Islam dan bukan Islam. Tourism Selangor menjangkakan seramai 100,000 pengunjung untuk acara selama dua hari ini, dengan majoritinya adalah pelawat domestik. Pengunjung dapat melihat aktiviti yang menyeronokkan seperti pertandingan memanah, jualan fesyen untuk lelaki dan wanita dan persembahan khas oleh penyanyi nasyid Hafiz Hamidun dan juga penyanyi rap popular Altimet.

Pencinta kucing juga berpeluang untuk melihat kucing di pameran kucing Muezza dan mendengar selebriti Sham Kamikaze bercakap mengenai haiwan kesayangan ramai ini.
Tahun 2015 telah dipilih sebagai Tahun Melawat Selangor, khusus untuk mempromosikan Selangor di dalam dan di seluruh dunia untuk meningkatkan ekonomi negeri dan memberikan pulangan pelaburan kepada semua rakan-rakan industri utama. Kombinasi mempesonakan warisan dan keindahan alam, dimana segalanya ada di negeri Selangor!

Salah satu negeri yang paling maju di negara ini, Selangor menawarkan lanskap mempesona dari air terjun hingga bukit-bukau, juga tuan rumah kepada pusat sukan bertaraf antarabangsa, dan pelbagai lagi perkara menyeronokkan boleh dilakukan. Tiga fokus utama bersempena dengan Tahun Melawat Selangor 2015 adalah Alam Semula Jadi, Sukan dan Warisan.

Maklumat lanjut seperti di bawah:

Selangor Islamic Fest

Selangor Islamic Fest

 

Berikut ialah senarai penuh program yang bakal berlangsung di Selangor Islamic Fest 2015.

Selangor Islamic Fest

 

 

Datanglah beramai-ramai ke Selangor Islamic Fest 2015 bersama keluarga dan kawan-kawan!

 

[infobox]

Tourism Selangor Logo

Tourism Selangor adalah agensi pelancongan dibawah naungan kerajaan negeri yang diberikan mandat untuk meningkatkan jumlah pelancong dari dalam dan luar negara ke negeri Selangor. Beberapa inisiatif diambil – kempen tempatan dan antarabangsa, acara, misi perdagangan pelancongan, roadshow dan banyak lagi.

Web: tourismselangor.my

Facebook: facebook.com/tourismselangor

Twitter: twitter.com/tourismselangor

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×