Inspirasi

Selamat Diijabkabul, Tok Ti Hadiahkan Busana Rizman Ruzaini Untuk Pengasuh Aafiyah!

60
SHARES

Jika anda sering mengikuti perkembangan Siti Aafiyah yang merupakan anak perempuan kepada penyanyi nombor satu negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, pasti anda akan familiar dengan pengasuhnya iaitu Dayah Zubit. Memang comel!

PENGASUH AAFIYAH DAPAT HADIAH BAJU KAHWIN DARI TOK TI!

Wanita yang berasal dari utara yang sering kelihatan manis ini, telah selamat bernikah dengan kekasih hati iaitu pemain pasukan bola sepak Terengganu FC II, Mohamad Ridzuan Razali.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MT11 🐝 (@dayahzubit)

Selamat dinikahkan di Pulau Pinang, apa yang mencuri perhatian adalah busana perkahwinan Dayah tersebut. Walaupun tidak dapat menghadiri majlis pernikahan tersebut, Tok Ti dan Datuk K telah menghadiahkan busana perkahwinan buat Dayah dan pasangan hasil rekaan dari pereka fesyen ternama Rizman Ruzaini!

baju kahwin

Untung Dayah dan pasangan boleh dapat hadiah baju kahwin dari Tok Ti! Selamat Pengantin Baharu!

Sumber: Dayah Zubit, Rizman Ruzaini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×