Rakyat

Selalu Kena Ejek ‘Single’, Lelaki Pukul Rakan Sehingga Mati

124
SHARES

Kerana mulut badan binasa, itulah peribahasa yang sesuai bagi mengambarkan situasi yang berlaku di Blitar, Indonesia, di mana seorang lelaki telah mati dipukul gara-gara dipercayai mengejek kawan baiknya sendiri. Difahamkan, suspek didakwa bertindak sedemikian rupa berikutan tindakan mangsa yang mengejek dirinya yang masih bujang dan tidak mempunyai pasangan hidup.

Jadi, hati-hati ketika berbicara dengan orang lain ya. Tambah pula di musim pandemik ini, ramai yang terkesan bukan sahaja dari segi wang ringgit, malah turut kehilangan orang yang tersayang.

SELALU DIEJEK SINGLE, PUKUL RAKAN SEHINGGA MATI

Memetik laporan IndoZone, suspek dikenali sebagai Iskandar, 38 tahun, telah ditahan oleh pihak polis susulan didakwa melakukan penganiayaan sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia. Mangsa yang dikenali sebagai Nurhuda, 36 tahun, telah berhijrah bersama-sama dengan suspek ke Blitar untuk bekerja sebagai nelayan.

Ujar pegawai polis, Adhitya Panji Anom pihaknya menerima laporan daripada penduduk setempat yang bertindak melaporkan terdapat satu kes pembunuhan. Difahamkan, mangsa dipercayai telah dibunuh pada Selasa lepas (10/8/2021) pada jam 11 malam waktu tempatan.

Berbicara lebih lanjut, suspek sempat menjelaskan kepada pihak polis bahawa dia berasa kesal dengan tindakan mangsa yang sering mengejeknya berikutan tidak mempunyai pasangan hidup dan kerja yang tetap.

Ejekan itu dibuat sebelum mereka berangkat ke Blitar, sehinggakan membuatkan suspek membalas dendam berikutan tidak dapat menahan diri.

DIPUKUL KETIKA TIDUR

Difahamkan, suspek bertindak memukul mangsa di beberapa bahagian badannya ketika mangsa sedang tidur. Susulan daripada itu, rakan-rakan mangsa yang terkejut bertindak meminta bantuan daripada orang ramai.

Mangsa yang dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan bagaimanapun, dilaporkan meninggal dunia. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Sumber: Indozone.id

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×