Famili

“Selagi Mama Mampu Usaha Untuk Anak Mama, Insyallah Allah Akan Bantu”

64
SHARES

Ibu bapa mana yang tidak menginginkan kesempurnaan hidup dalam kalangan anak-anak mereka. Tetapi, bukan semua ibu bapa diberikan kesempurnaan tersebut terutama sekali dalam hal yang melibatkan kesihatan anak-anak. Tidak kira masih kecil atau sudah dewasa, kesihatan anak-anak amat penting dan kasihnya ibu bapa akan membuat apa sahaja untuk memastikan perjalana . hidup anak menjadi lebih sempurna.

Begitu juga dengan perkongsian ibu ini di laman Facebook Qaseh Aisy, pastinya menyayat hati bagi sesiapa sahaja yang membacanya. Kisah anaknya yang hanya mampu terlantar sakit tanpa menggunakan peralatan mesin yang sempurna seperti kanak-kanak lain mendapat simpati ramai orang.

‘MAAFKAN MAMA, SEMUA HARGA RATUS-RATUS’

Andai aku diberi peluang akan mama belikan semua keperluan Harith dengan usaha mama sendiri. Tapi maafkan mama, tak kesemua mesin harith harganya ratus-ratus.

Sunction mesin 8 biji dah meletup, mesin infusion pump dah yang kedua. Semuanya harga ribu-ribu. Siapa cakap semuanya mudah untuk mama telan seorang. Tapi mana masih tak mampu nak belikan kerusi roda dengan tilam khas untuk Harith.

INSYALLAH ALLAH ADA

Tak apa, jangan risau tau sayang. InsyaAllah makin yakin rezeki Allah tu pasti ada tau. Mama akan usaha. Jangan tanya kenapa tak minta bantuan kerusi roda. Minta dah berpuluh kali bila sampai surat tak layak.

Jangan ditanya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kami memang tak layak. Hanya zakat sahaja kami dapat RM300 sebulan.

YAKIN AKAN ADA ORANG BANTU

Mama jenis bukan suka meminta-minta untuk keperluan Harith. Selagi mama mampu usaha untuk anak-anak mana InsyaAllah mama yakin Allah pasti akan bantu.

Sekarang Harith duduk atas sofa dulu ye sayang. Nanti mama ada duit yang cukup untuk Harith mama akan belikan untuk Harith. Mama sayang Harith dunia akhirat mama, sayang mama tidak akan pernah habis untuk Harith.

ORANG RAMAI TURUT MENDOAKAN

*Semoga akan diberi keajaiban dalam bentuk pertolongan orang ramai demi menjamin kesihatan anaknya yang masih kecil.

Sumber: Qaseh Aisy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×