Inspirasi

Dekorasi Macam Hotel & Makanan RM2 Sahaja, Kantin Sekolah Di Kedah Ini Dapat Pujian!

19.7K
SHARES

“Kantin sekolah ni boleh makan apa je? Tak menarik langsung…”

KANTIN SEKOLAH IBARAT KAFE MAHAL!

Mendapat perhatian di media sosial adalah wajah kantin di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Wang, Sungai Petani dimana kantin sekolah ini kelihatan berbeza dari kantin sekolah yang lain. Mempunyai dekorasi yang cantik dan kemas, kantin sekolah ini juga kelihatan seperti sebuah kafe yang mahal.

Kantin sekolah ini menjadi viral di laman media sosial dengan mempunyai dekorasi cantik dan pelbagai pilihan makanan sejak bulan Januari lepas. Pengusaha kantin, Mohd Fahmi Ahmad memberitahu bahawa dia mengambil alih kantin tersebut dan mengubahsuai dekorasi kantin sejak bulan Disember lepas bersama isterinya.

SEMUA MAKANAN DIJUAL RM 2 SAHAJA!

Katanya, dekorasi ini adalah inspirasi dari dekorasi hotel. Bukan sahaja mahu memberikan suasana yang berlainan dan lebih selesa kepada para guru dan murid sekolah, Fahmi juga telah mengeluarkan sebanyak RM50,000 duit sendiri untuk ubahsuai kantin tersebut.

Bertuahnya para pelajar apabila dapat memilih pelbagai juadah dari nasi lemak sehinggalah ke masakan Barat seperti pizza, pasta dan chicken chop. Bukan itu sahaja, pelbagai pilihan kudap-kudapan, jus buah dan menu yang berlainan turut dihidangkan setiap hari supaya tidak bosan. Paling menarik sekali, semua makanan yang dijual adalah sebanyak RM2 sahaja!

Mempunyai pengalaman lebih dari 10 tahun sebagai pengusaha kantin, Mohd Fahmi juga turut mengusahakan lagi dua buah kantin sekolah di kawasan lain. Ada antaranya pernah memenangi kategori Kantin Terbaik oleh Kementerian Kesihatan tau!

Sumber : Mohd Fahmi Ahmad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×