Rakyat

Senarai 402 Sekolah ‘Hotspot’ Seluruh Malaysia Yang Terlibat Isu Dadah & Disiplin

4.7K
reads
senarai sekolah bermasalah hotspot

402 buah sekolah telah tersenarai sebagai sebagai sekolah hotspot dari seluruh negeri dalam Malaysia. Sekolah hotspot ini merupakan sekolah yang terlibat dengan masalah disiplin, penyalahgunaan dadah, dan jenayah, serta kadar ketidakhadiran yang tinggi di kalangan pelajar sekolah.

Menurut sumber, senarai itu disampaikan oleh Kementerian semasa mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Pelajar pada bulan Jun, yang turut disertai oleh wakil dari Polis, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, dan badan bukan kerajaan. Senarai itu dikatakan hanya sepatutnya menjadi rujukan dan kegunaan Kementerian dan Polis dalam pasukan mereka untuk menangani masalah berkenaan.

Jumlah Sekolah Di Selangor Paling Banyak Tersenarai

Senarai tersebut menyaksikan negeri Selangor berada pada tempat tertinggi dengan penyenaraian 76 buah sekolah, dengan 9 daripadanya terlibat dengan isu dadah.

Sementara itu, 63 buah sekolah di negeri Johor ( 1 sekolah dalam kategori dadah) meletakkannya di tempat kedua dalam senarai tersebut secara keseluruhannya, diikuti dengan Negeri Sembila dengan 40 buah sekolah yang tersenarai (5 sekolah dalam kategori dadah). Tempat keempat dikongsi dengan negeri Pulau Pinang dengan 37 buah sekolah yang tersenarai (9 sekolah dalam kategori dadah) dan Pahang dengan 37 buah sekolah yang tersenarai (7 sekolah dalam kategori dadah).

Jumlah Sekolah Di Kuala Lumpur Dan Kelantan Paling Banyak Terlibat Dengan Kes Dadah

Sungguhpun tidak berada di antara tempat teratas secara keseluruhan, Kuala Lumpur mencatatkan penglibatan 22 buah sekolah dan kesemua sekolah tersebut terlibat dalam kategori dadah. Jumlah sekolah di Kelantan pula mengekori senarai tertinggi isu dadah dengan 12 buah sekolah daripada 31 buah sekolah hotspot yang tersenarai.

Seperti yang tersenarai di bawah, terdapat dua kategori yang dikenalpasti iaitu :

  • Kategori (1) – Disiplin
  • Kategori (3) – Dadah

 

 

Peranan Ibu Bapa, Guru, Masyarakat Dan Semua Pihak Perlu Diperkukuh

Melihatkan jumlah sekolah yang agak banyak terlibat ini, ianya tentu merungsingkan ibu bapa.

Walaubagaimanapun, dengan penyenaraian nama sekolah ini, pihak ibu bapa dan masyarakat tidak seharusnya sekadar menuding jari, tetapi sebaliknya lebih proaktif dalam memantau kegiatan anak-anak dari semasa ke semasa.

Diharapkan semua pihak dapat berganding bahu dalam membanteras kegiatan disiplin dan dadah yang mampu memusnahkan masa depan belia yang bakal menerajui negara kita.

 

*Sumber asal dan senarai sekolah diperolehi melalui artikel Hariz Mohd menerusi News Straits Times, 17 Ogos 2017.

Yang Popular

To Top