Rakyat

Mulai 2019, Kuota 60% Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

921
SHARES

Pengambilan pelajar ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) mulai sesi kemasukan 2019 akan memberi lebih peluang kepada anak-anak daripada keluarga B40 dengan jangkaan penawaran kepada golongan tersebut sehingga 60 peratus daripada keseluruhan penempatan.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata mulai tahun 2019, pihaknya memutuskan untuk mengembalikan semula semangat SBP iaitu membantu pelajar-pelajar berpotensi golongan B40, selari dengan dasar kerajaan baharu untuk terus membantu golongan kurang berada memperoleh kemudahan pendidikan berkualiti.

“Justeru itu, pengambilan kali ini akan memberi lebih banyak peluang kepada anak-anak keluarga B40 sama ada dari kawasan luar bandar, miskin kota dan anak-anak anggota beruniform,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peluang Semaksimum Mungkin Bagi Kelompok B40 Ditawarkan Ke SBP

Bagaimanapun, kementerian berkata penawaran ke Tingkatan 1 (2019) juga mengambil kira beberapa faktor lain seperti pemilihan SBP oleh pemohon, kapasiti enrolmen sesebuah SBP, jantina dan lokaliti pemohon.

Katanya untuk pengambilan 2019, KPM telah menerima sebanyak 77,487 permohonan kemasukan ke SBP dan daripada jumlah ini, 21,841 telah dikenal pasti melepasi syarat-syarat asas kelayakan.

KPM berkata antara syarat kelayakan adalah

  • warganegara Malaysia,
  • mencapai tahap pencapaian minimum dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR),
  • menduduki dan mencapai aras toleransi (65 peratus) dalam Ujian Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (UKSBP) dan
  • mencapai merit Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Psikometrik.

“KPM memberi komitmen untuk memastikan murid daripada kelompok B40 diberi peluang semaksimum mungkin bagi mendapat pendidikan yang lebih teratur dalam persekitaran kondusif seperti yang berupaya ditawarkan di SBP,” katanya.

Siapakah Golongan B40?

Golongan B40 merujuk kepada kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (Bottom 40%) merujuk kepada isi rumah berpendapatan purata bawah RM 3000.

Kategori ini telah diperkenalkan dan ditafsirkan oleh Jabatan Statistik Negara menerusi kajian yang telah dilakukan mereka selama ini. Berdasarkan dapatan yang terkini, golongan dan kumpulan ini meliputi sejumlah 40 peratus daripada keseluruhan 31 juta penduduk di Malaysia hari ini.

*Sumber Berita: Bernama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×