Hebahan

Sekolah Akan Mula Dibuka Pada 24 Jun Untuk Pelajar SPM, STPM

1.3K
SHARES

Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM) telah mengadakan mesyuarat bersama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi membincangkan tempoh sesuai untuk membuka semula sekolah. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah bagaimanapun berkata, ibu bapa akan dimaklumkan dua minggu lebih awal sebelum sekolah dibuka bagi membolehkan persiapan dilakukan.

Menurutnya, pembukaan semula sesi persekolahan itu akan melibatkan penugasan semua guru seperti biasa di sekolah yang terbabit.

SEKOLAH AKAN DIBUKA PADA RABU 24 JUN 2020

Menteri Pendidikan, Dr. Mohd Radzi Md Jidin hari ini mengumumkan bahawa sekolah akan dibuka untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan pada 24 Jun 2020.

Fokus pembukaan sekolah adalah kepada pelajar yang akan menduduki peperiksaan seperti SPM, STPM, STAM, SVM dan peperiksaan antarabangsa dan secara berperingkat. Antara langkah persediaan yang pihak sekolah perlu lakukan adalah pemeriksaan suhu badan sebelum masuk ke dalam kawasan sekolah, waktu rehat secara berperingkat dan penyediaan makanan secara ‘bungkus’ oleh pihak kantin.

Selain itu, KPM telah menyediakan garis panduan dan gerak kerja yang perlu dipatuhi di setiap sekolah termasuklah semua institusi yang berdaftar dengan Kementerian Pendidikan Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×