Media Prima Berhad (“Media Prima” atau “Kumpulan”), Kumpulan Media bersepadu terbesar di Malaysia, hari ini mengumumkan bahawa mencatatkan keputusan separuh pertama tahun 2020. Ini mencatatkan bahawa segmen beli belah di rumah melalui kumpulan ini menjana keuntungan sebanyak RM 6.3 juta.
SEGMEN BELI BELAH DI RUMAH MENJANA KEUNTUNGAN
Segmen membeli-belah di rumah Media Prima mencatatkan keuntungan bersih separuh pertama dengan ketara sebanyak RM6.3 juta, berbanding kerugian bersih RM7.6 juta setahun yang lalu. Perolehan CJ Wow Shop dicapai dengan peningkatan 34% kepada RM152.8 juta dalam pendapatan 1HFY20 berbanding RM114.3 juta pada tempoh yang sama. Ini termasuk penjualan yang lebih tinggi dari platform e-dagang dan perdagangan mudah alihnya yang menyumbang lebih dari 52% dari jumlah penjualannya. Sehingga kini, CJ Wow Shop mempunyai lebih daripada 2 juta pelanggan dan menerbitkan lebih dari 100 slot siaran langsung setiap bulan.
Bukan itu sahaja, jangkauan penyiaran Media Prima yang luas juga adalah lebih daripada 35% bahagian jumlah penonton. Ini telah menjadi satu daripada pendorong utama kejayaan segmen membeli-belah di rumah miliknya. CJ Wow Shop juga memanfaatkan penyampaian menyeluruh dan kemampuan digital Kumpulan untuk mensasarkan penonton dengan kandungan berpandukan kepada data bagi merancang waktu siaran dan produk-produk secara strategik.
CABARAN UNTUK OPERASI TETAPI PERKHIDMATAN HARUS DITERUSKAN
Datuk Syed Hussian Aljunid, Pengerusi Kumpulan, Media Prima, berkata: “Peningkatan prestasi CJ Wow Shop menunjukkan kejayaan segmen membeli-belah di rumah yang kami bina empat tahun lalu. Ketidakpastian yang timbul semasa pandemik Covid-19 adalah masa yang mencabar untuk operasi kami, namun sebagai penyedia perkhidmatan penting semasa perintah kawalan pergerakan, ia menjadi peluang untuk merebut peluang-peluang perniagaan baru. CJ Wow Shop memperoleh manfaat hasil jumlah tontonan yang lebih tinggi untuk siarannya, dimana telah menarik pelanggan baru dan mencatat jualan yang lebih besar dari platform e-dagang serta dagangan mudah alih kami. Kami telah berjaya membina asas yang kukuh bagi segmen ini dan kekal memberi tumpuan terhadap kelebihan ini.”
Kumpulan baru-baru ini memperkenalkan identiti baru untuk Media Prima Digital dan REV Asia — REV Media Group — sebagai sebahagian daripada inisiatif penjenamaan semula korporatnya dan untuk menyelaras proses dan fungsi perniagaan. REV Media Group mewakili lebih daripada 30 jenama terkemuka teratas dan menjangkau lebih dari 15 juta orang setiap bulan.