Famili

5 Sebab Perempuan Cair Dengan Lelaki Fasih 2 Bahasa (Atau Lebih)

11
reads
Perempuan cair

Baca dalam Internet katanya, ramai orang terutamanya perempuan mudah jatuh suka dan cinta pada lelaki yang boleh bertutur lebih daripada 2 bahasa.

Betul ke?

Apa kelebihan yang ada menyebabkan perempuan cair, dan lelaki itu nampak lebih menarik daripada lelaki biasa?

1. Mereka dikatakan punya stronger & faster brains

Bukan mudah menguasai bahasa lain. Jadi otak mereka perlu bekerja keras untuk fokus sambil membuat terjemahan dan menuturkannya semula. Itu yang membuatkan mereka nampak genius dari pandangan orang sekeliling. Siapa yang tak suka orang yang bijak kan?

2. Mereka berkebolehan memikirkan perkara outside of the box

Selain genius, mereka juga kreatif berfikir hingga mampu mengatasi masalah yang sukar malah menyelesaikannya dengan cara pendekatan dan pemikiran yang sangat berbeza berbanding orang lain. Bukan calang-calang orang mereka ni.

3. Mereka ini independent

Letak sahaja di ceruk mana, kadar survival mereka tinggi kerana mereka mudah berkomunikasi dengan masyarakat setempat. Mereka mudah bergaul dengan sesiapa sahaja dan pandai menarik hati apabila bijak berkomunikasi.

Tidak hairanlah bukan sahaja ramai gadis yang tertarik untuk dijadikan calon suami malah ibu bapa pun suka kalau dijadikan menantu.

4. Mereka dicari-cari dalam bidang pekerjaan

Kemampuan bertutur dalam banyak bahasa menyebabkan kemahiran mereka dicari-cari oleh banyak syarikat antarabangsa. Sudahlah gaji masyuk, selalu pula dapat travel fully sponsored lagi-lagi kalau yang boleh bawa pasangan.

5. Mereka nampak hebat dalam menyatakan rasa sayang

Apabila mengguna bahasa asing dalam menyatakan rasa cinta pada pasangan, mereka nampak lebih hebat dan sangat romantik di pandangan mata pasangan. Tak caya? Tanya pasangan anda yang mana satu buat dia cair mendengarnya. “Saya sayang awak” atau “Main tumse pyar kartha hoon” atau “Je t’aime”?

Siapa tak suka dengan lelaki yang punya personaliti seperti ini?

Perempuan cair

Foto Kredit: gallerily.com

Jadi lelaki, tak salah memperlengkapkan diri anda dengan kemahiran ini. Jika ada yang sudah berkenan di hati, gunakan kemahiran ini dan saya pasti, si dia akan terus tertarik dengan anda.

Sumber: EliteDaily.com

Yang Popular

To Top