Famili

Miliki Kuku Sihat & Berkilat Dengan Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System

5
SHARES

Scholl menawarkan anda cara yang baru dan cepat untuk mendapatkan kuku yang sihat dan bersinar secara semula dalam hanya 3 langkah dengan Velvet Smooth Electronic Nail Care System!

Matias Caride, Pengara Pemasaran RB Malaysia & Singapura menjelaskan, “Penjagaan tangan dan kaki mungkin kelihatan remeh, tetapi kedua-dua bahagian ini yang menunjukkan memberikan berapa banyak masa dihabiskan dalam mengabaikannya! Kami sedar bahawa para wanita mahu kelihatan cantik, maka kami telah mencipta Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System khusus untuk wanita yang sibuk. Dalam masa beberapa minit, anda akan memperoleh kuku cantik, licin dan berkilat yang sama seperti yang anda peroleh daripada salon kuku, tanpa perlu membuang masa dan wang”.

Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System yang kecil, bergaya dan mudah dibawa menampilkan reka bentuk ergonomik yang muat pada tangan anda. Ia sesuai digunakan untuk kuku tangan dan juga kuku kaki. Pen elektronik ini juga muat dalam beg tangan kecil agar anda boleh mengekalkan kuku anda dalam keadaan sempurna sepanjang hari, tidak kira di mana anda berada.

Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System

Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System

3 Langkah Penjagaan Kuku Yang Mudah Dengan Velvet Smooth Electronic Nail Care System

Dengan bekalan kuasa 1 biji bateri bersaiz AA, bahagian kepala yang berayun dibekalkan dengan tiga jenis kepala yang boleh diklik masuk dengan mudah. Dua pilihan kelajuan yang berbeza menyediakan kawalan optimum dan hasil diingini – gunakan tetapan yang tinggi untuk mendapatkan hasil yang paling cepat dan tetapan yang rendah untuk prestasi yang lebih lembut.

Langkah 1: MENGASAH
Asah dan bentuk hujung kuku mengikut bentuk yang dikehendaki. Mengasah membantu mencegah kerosakan kuku seperti yang disyorkan oleh pakar-pakar kuku. Ini terutamanya penting untuk kuku kaki, yang lebih tebal dan lebih keras, menjadikan kuku lebih sukar untuk dipotong dengan betul.
Tip Scholl: Asah kuku kaki dalam bentuk lurus untuk mencegah kuku tumbuh ke dalam.

Langkah 2: MENGGOSOK
Gosok perlahan-lahan permukaan kuku untuk melicinkannya. Gunakan hujung yang tirus untuk mencapai sudut sepajang bahagian tapak kuku. Pastikan anda tidak menggosok setiap kuku lebih daripada 15 saat setiap dua minggu untuk mengelakkan kuku menjadi terlalu nipis. Jika kuku anda secara semula jadi nipis, menggunakan tetapan atau kelajuan yang paling rendah.

Langkah 3: MENGGILAP
Gilap permukaan kuku sehingga kesan berkilat yang dikehendaki dicapai. Ulangi langkah ini seperti yang diperlukan untuk mengekalkan kesan berkilat, walaupun tanpa penggunaan pengilat kuku yang jernih. Untuk lebih bersinar secara sekata, guna kelajuan yang lebih cepat dan bermula dari setiap sisi kuku, bergerak ke arah pusat. Bahagian kepala yang tirus membolehkan anda dengan mudah pergi ke tempat-tempat yang sukar dicapai seperti sudut dalaman kuku.

Selepas menggunakan Sistem Penjagaan Kuku Elektronik Velvet Smooth Scholl, lengkapkan rutin mencantikkan kuku di rumah anda dengan Scholl Velvet Smooth Nail Care Oil yang melembapkan dan merapikan kutikel dan kuku anda untuk kelihatan lebih berkilat dan sihat.

Scholl Velvet Smooth Nail

Scholl Velvet Smooth Nail Care Oil 

Scholl Velvet Smooth Nail Care Oil Untuk Penjagaan Kuku

Minyak penjagaan kuku ini dirumus khas dengan Vitamin E, Omega 3 dan 7 Complex Oil berkhasiat yang menggabungkan ciri berkhasiat Minyak Biji Bunga Matahari, Minyak Badam Manis, Minyak Biji Rami, Minyak Biji Aprikot, Minyak Avokado, Minyak Argan dan Minyak Shea. Berus aplikasi menghalang titisan dan tumpahan, dan membolehkan anda mengawal jumlah tepat yang diperlukan.

Sesuai untuk kegunaan di rumah dan dalam perjalanan, Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System memberikan anda hasil yang profesional dalam keselesaan di rumah anda sendiri, mengikut keselesaan anda. Hasilnya: kuku yang secara semula jadi berkilat dan sihat dalam beberapa minit, lebih cepat daripada anda boleh berkata, “Wow, itu adalah mudah!”

Miliki kuku sihat dan berkilau hanya dengan rawatan di rumah!

Miliki kuku sihat dan berkilau hanya dengan rawatan di rumah!

Kini Boleh Didapati Di Seluruh Malaysia

Scholl Velvet Smooth Electronic Nail Care System (RM135.20), Isian Semula Kepala Penjagaan Kuku (RM29.90) dan Minyak Penjagaan Kuku (RM34.90) ada dijual di farmasi dan pasar raya termasuk Caring, Guardian, Watsons, Giant dan Tesco.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web Scholl Malaysia di http://www.scholl.com.my/

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×