Didik

“Saya Mungkin Ibu Yang Kejam..” Ibu Ini Kongsi Cara Ringankan Tulang Anak Lelaki Buat Kerja Rumah

1.6K
SHARES

Sebuah laporan UNICEF ada menyatakan bahawa dalam beberapa tahun terawal kanak-kanak, lelaki dan perempuan biasanya menerima layanan yang hampir sama daripada kedua ibu bapa mereka. Namun seiring dengan peningkatan usia mereka, perbezaan jantina mula berlaku di mana anak perempuan didapati lebih sering melakukan kerja rumah berbanding anak lelaki.

Nak kata anak perempuan lebih rajin, mungkin juga. Malah, kerja rumah nampak lebih sinonim dengan perempuan. Tapi walau apapun alasannya, anak lelaki tak sepatutnya dibiarkan ‘terlepas’ begitu saja daripada belajar berdikari dan menguruskan kerja-kerja di rumah.

SAYA MUNGKIN IBU YG KEJAM KERANA…

1) Anak-anak saya bergilir setiap malam selepas makan malam sorang akan basuh pinggan mangkuk periuk kuali, sorg lagi buang sampah kunci pagar.

2) Saya suruh anak-anak gaul nasi dengan ikan bagi kucing-kucing dekat rumah makan. Atau bersihkan sangkar. Saya cakap sama-sama bela so tak adil kalau mama sorg je yang uruskan kucing.

3)Anak-anak basuh kasut sekolah sendiri.

4)Lepas makan basuh sendiri sendiri, lap dan kemas sendiri kalau tumpah.

5)Kemas bilik, lipat baju sndr, jemur kain baju. Hari miggu dorang basuh sendiri baju sekolah, clorox, nila, jemur sendiri.

6)Baju sekolah pun gosok sendiri sejak darjah 4.

7)Nak minum air manis, buat sendiri.

8)Ajar anak-anak guna dapur, baru belajar basic je goreng telur.

9)Petang-petang siram pokok

10)Seminggu atau 2 minggu sekali sental bilik air kt dapur. Sebab dorg je yang guna bilik air tu.

11)Saya tak pernah rebus air panas untuk anak-anak mandi pagi pergi sekolah. Mandi je air sejuk. Menangis pun menangis la.

12) Time dorang tak busy akak mintak tolong packing magnet. Upahnya duit atau belanja mkn. KEJAM..? TAPI HASILNYA..

HASILNYA…

1) Anak dah ada rasa tanggungjawab. Dah pandai basuh pinggan sendiri. 1 hari akak speechless sebab anak yang 5 tahun lepas makan dia basuh sendiri. Dan bersih dia basuh. Dia kata dia tengok along basuh dia tiru.

2) Kebetulan friskis kt rumah habis. Angah ajak pegi kedai runcit beli friskis RM 2 guna duit tabung dia, dia kata kesian ada kucing kurus dengan anak-anak kecik kt sekolah.

3) Si kenit yang 5 tahun tu bangun awal betul hari minggu tu. Mama yang ngantuk sebab bangun awal terlelap kt bilik. Last-last dia kejutkan mintak bukak pintu sebab nak jemur kasut. Dia dh siap basuh kasut sekolah pkl 8pg!!

4) Suatu hari nampk si kecik kalut dgn kain, mop, rupanya air dia tumpah dia lap sendiri.

5) Petang tu cari kenit tak jumpa, rupanya dekat luar angkat kain baju yang dia punya je, dia longgok dekat depan tv pastu dia lipat sendiri sambil tgk ultraman. Pastu angkut simpan dalam robok dia.

6) Anak-anak dah pandai gosok baju sekolah untuk seminggu terus pada hari minggu.

7)Bukan setakat dah pandai buat air milo, nescafe atau teh, dorg jugak dah pandai buat aiskrim malaysia, kadang-kadang perisa milo, kadang-kadang perisa nescafe atau jagung. Yang selalu jadi kepala si along. Tengah-tengah hari boleh plak dorang bancuh teh o ais 1jag. Dah pandai goreng telur, dorang mintak ajar masak nasi dengan maggie plak.

9) Anak-anak pulak yang tanya, mama pokok tu dah siram ke, mama bendi tu dah besar angah petik ye..

10) Kenit balik sekolah bukan main lama dia mandi. Akak bebel mandi lama-lama dia kata bukan mandi la basuh bilik air.. tengok ni bersih dah. Yup, terkujat time tu. Dengan lubang jamban sekali dia sental. Tak geli pun. Putih berkilat.

11) Sekarang nak pegi sekolah pagi-pagi kenit mandi air sejuk. Pukul 6 pagi. Relax je..

12) Sesekali akak bawak dorg pegi mr diy akak bagi dorg duit sikit. Upah dorg tolong akak buat keje. Beli la apa yang dorg suka tapi bermanfaat. Selalunya dorang beli stationary atau buku. Pernah jugak, anak tolak bila akak bagi duit upah. Anak cakap xpelah ma, angah ikhlas tolong mama. Sebab mama pun penat buat keje.

Yang kita ajar ialah rasa tanggungjawab. Rasa berdikari dan tak payah disuruh. Kita nak pupuk rasa sayang anak-anak pada persekitaran dia. Anak-anak akan buat tanpa kekok kalau dia dah terbiasa. Dan anak-anak akak tu semuanya LELAKI. Dan kerja-kerja yang akak ajar dorg buat tu dari zaman berzaman tok nenek kita duk ajar kerja anak-anak perempuan. Maka anak lelaki nak buat apa pun tak reti. Bila dia dah besar pinggan sebiji pun dia akan tinggal untuk mak atau bini yang basuh. Suatu hari akak panggil anak-anak, akak cakap mama mintk maaf la kalau mama suruh korang buat byk keje. Mama cuma nak korg pandai berdikari kalau suatu hari mama tiba-tiba dah takde lg. Sekurang-kurangnya korang dah pandai hidup sendiri. Harap-harap la kekal perangai dorg ni sampai besar.

Kredit: Aina Yusof via Ilham Media 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×