Famili

Tak Payah Risau ‘Muncung Itik’ Lagi, Ujian HPV DNA Kini Ditawarkan Di Klinik Kesihatan KL, Kedah & Kelantan

1.3K
SHARES

Berita baik bagi wanita yang takut dengan ‘muncung itik’, iaitu spekulum yang digunakan untuk pemeriksaan pap smear!

Bukan sekadar rasa tak selesa kan, malah rasa malu dengan doktor atau jururawat yang membuat pemeriksaan.

Kini dengan kaedah HPV DNA, ujian ini boleh dilakukan sendiri dengan mudah dan cepat di klinik kesihatan kerajaan, seperti yang diwar-warkan oleh Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor, Pakar Ginekologi Onkologi menerusi posting beliau di Medical Mythbuster Malaysia.

Menurut beliau, ujian saringan ini kini telah ditawarkan di Klinik Kesihatan di 3 negeri terawal iaitu Wilayah Persekutuan, Kedah dan Kelantan; dan ia bakal dikembangkan ke negeri-negeri lain dalam masa terdekat ini.

Ikuti penerangan penuh oleh beliau di bawah ini.

Foto Kredit: Project ROSE

SARINGAN KANSER SERVIKS (PANGKAL RAHIM) DENGAN UJIAN DNA HPV

Kerajaan sedang memulakan fasa 1 program saringan kanser serviks di 3 buah negeri di Semenanjung Malaysia menggunakan kaedah baru iaitu ujian DNA HPV.

Tiga buah negeri tersebut adalah KEDAH, KELANTAN dan WILAYAH PERSEKUTUAN.

Wanita-wanita yang layak melakukan ujian ini adalah mereka yang

  • berusia di antara 30-49 tahun
  • sudah pernah terdedah kepada hubungan kelamin.

*Wanita yang berusia kurang dari 30 tahun dan lebih dari 49 tahun, boleh meneruskan ujian pap smear kerana pada usia ini, pap smear mempunyai kelebihan.

 

Cara Ujian HPV DNA Dilakukan

Ujian HPV DNA ini jauh lebih mudah dan lebih cekap daripada ujian PAP SMEAR khususnya ke atas kumpulan sasaran.

Ia menggunakan peralatan yang kecil seperti “cotton bud” (dikenali sebagai “flog swab”) di mana anda sendiri boleh melakukannya (“self-sampling”).

Jika anda tidak yakin, ianya juga boleh dilakukan oleh kakitangan perubatan.

Anda tidak perlu melalui pemeriksaan menggunakan spekulum besar seperti dalam ujian pap smear.

Sampel yang diambil adalah daripada kawasan dalam faraj dan akan dihantar ke makmal untuk ujian kehadiran DNA Virus HPV.

Jika ujian negatif, anda hanya perlu ulang semula selepas 5 tahun tidak seperti ujian pap smear setiap 1-3 tahun sekali.

Ujian hpv dna klinik kerajaan

Kini Ditawarkan Di Klinik Kesihatan Wilayah Persekutuan, Kedah & Kelantan

Ujian ini sudah boleh dilakukan SEKARANG di mana-mana KLINIK KESIHATAN terdekat dengan anda di TIGA negeri-negeri yang tersebut di atas.

Tujuan utama saringan ini adalah untuk mencegah kanser serviks (pangkal rahim).

Bakal Dikembangkan Di Negeri-negeri Lain

Program ini akan dikembangkan kepada fasa seterusnya di negeri-negeri lain tidak lama lagi.

Program yang kerajaan jalankan ini hanya tertumpu kepada sasaran strategik wanita berusia 30-49 tahun.

KEPADA WANITA-WANITA YANG LAYAK, JANGAN LEPASKAN PELUANG TERBAIK INI UNTUK MENCEGAH KANSER SERVIKS.

TOLONG SHARE MAKLUMAT INI KEPADA AHLI KELUARGA, JIRAN DAN RAKAN-RAKAN ANDA.

Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor
Pakar Ginekologi Onkologi
6hb Sep 2019

 

*Sumber: Dato’ Dr Mohd Rushdan Md Noor via Medical Mythbuster Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×