Didik

Sarawak Negeri Pertama Laksana Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris

77
SHARES

Sarawak menjadi negeri pertama akan melaksanakan pengajaran subjek Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris bagi sekolah rendah, kata Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata kerajaan negeri itu juga akan membantu Kementerian Pendidikan dari segi pelaksanaan serta melatih guru-guru mengajar kedua-dua subjek itu dalam bahasa Inggeris.

“Insiatif oleh kerajaan negeri, Jabatan Pendidikan Negeri dan beberapa universiti di Sarawak akan memastikan guru-guru mendapatkan latihan menyeluruh dalam bahasa Inggeris,” katanya.

Beliau berkata perkara tersebut merupakan antara isu yang dibincangkan semasa mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di Wisma Bapa Malaysia pada 24 April 2019.

Kursus Telah Dikendalikan Untuk Tenaga Pengajar

Sementara itu, Manyin berkata kerajaan negeri telah mengendalikan kursus untuk mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris melibatkan lebih 400 guru sekolah rendah pada tahun ini.

“Beberapa daripada guru tersebut akan menjadi tenaga pengajar kepada guru-guru di peringkat daerah masing-masing dan kerajaan negeri telah berbincang dengan universiti tempatan untuk melatih guru-guru kita dengan inisiatif tersebut dibiayai oleh kerajaan negeri,” katanya.

Berkaitan dengan bayaran kontra RM1 bilion untuk membaik pulih sekolah daif di Sarawak seperti dipersetujui sebelum ini, Maszlee berkata pelaksaaan rancangan itu akan dibincangkan secara terperinci dengan ketua menteri itu.

Hadir sama, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi, Datuk Seri Michael Manyin Jawong dan Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Dr Azhar Ahmad.

– BERNAMA

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×