Inspirasi

Sarat Hamil 8 Bulan, Pelakon & Pendakwah Ustazah Dr Oki Setiana Dewi Berjaya Raih PHD!

82
SHARES

Siapa yang tidak ingat dengan watak Anna Althafunnisa dalam filem ‘Ketika Cinta Bertasbih’ yang dilakonkan oleh Oki Setiana Dewi bukan? Berwajah manis, pelakon dan pendakwah terkenal Indonesia berusia 31 tahun ini berkongsikan berita gembira apabila beliau berjaya menggengam Ijazah dalam Doktor Falsafah (PHD) baru baru ini.

Memang hebat!

DALAM KEADAAN SARAT HAMIL 8 BULAN

Apa yang lebih membanggakan adalah beliau menghabiskan tempoh pengajian PHD tersebut dalam keadaan sarat hamil iaitu usia kandungan sudah mencapai 8 bulan!

Dalam tempoh 4 tahun, pendakwah ini bertungkus-lumus menyiapkan kajian dan penulisan thesis bertajuk “Pengajian Selebriti Hijrah Kelas Menengah Muslim (2000-2019): Respons Atas Dakwah Salafi dan Jamaah Tabligh”. Ini sekaligus menjadikan beliau doktor ke-1225 Sekolah Pascasarjana UIN Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Ustazah Dr. Oki Setiana Dewi juga telah mendirikan rumah tangga selama 7 tahun dan telah dikurniakan 3 cahaya mata. Semoga perkongsian kejayaan ini dapat menjadi inspirasi dan semangat untuk ibu-ibu di luar sana menyambung pelajaran ya!

Sumber: Oki Setiana Dewi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×