Kini Trending

Sanggup Tinggal Kekayaan, Wanita Hartawan Pilih Hidup Miskin Bersama Lelaki Pilihan

11
SHARES

Mungkin benar cinta itu buta? Sanggup memilih untuk bersusah senang dan hidup bersama pilihan hati atas nama cinta, walaupun tidak sedarjat asalkan hidup berbahagia dengan apa adanya.

Sebagaimana yang dilaporkan Kosmo, seorang wanita kaya berusia 28 tahun di Vietnam sanggup meninggalkan kekayaan untuk hidup bersama seorang lelaki miskin, lapor portal berita Wolipop kelmarin.

Baca juga: Bakal Pengantin Tak Sempat Kahwin, Maut Dipanah Petir Ketika Sesi Bergambar

WANITA HARTAWAN PILIH HIDUP MISKIN BERSAMA PILIHAN HATI

Gambar: Tam berharap mendapat restu ibu bapanya suatu hari nanti. – eva.vn

Menurut laman berita eva.vn, wanita bernama Tam itu berasal daripada keluarga yang kaya. Dia sebelum ini telah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki.

Namun apakan daya, perkahwinannya berakhir dengan perceraian selepas sembilan tahun berumah tangga.

Selepas bercerai, ibu bapa Tam mahu membantu menjaga dia dan anaknya. Akan tetapi, Tam jatuh cinta dengan seorang lelaki miskin dari bandar Soc Trang.

Keluarga Tam sangat melarang dan tidak merestui hubungan itu. Malangnya larangan itu tidak diendahkan.

Ibu bapa Tam memberinya pilihan untuk meninggalkan empat anaknya bersama suami baharunya itu dan menikmati hidup mewah. Tam enggan berbuat sedemikian, membuatkan ibunya bertegas tidak mahu menerimanya lagi.

LAYANAN KELUARGA MERTUA YANG MISKIN SANGAT BAIK BERBANDING…

Gambar: Tam bersama anak-anaknya. – eva.vn

Tam bersama suami baharunya tinggal di rumah sewa berhampiran kawasan perindustrian untuk berteduh sebelum berpindah ke bilik motel yang sempit.

Mereka sekeluarga kini menyara hidup dengan mengutip barang terpakai dan menjualnya. Tam sering ditemani anak-anaknya ketika mencari sampah.

Layanan yang diberikan keluarga Tam berbeza jika dibandingkan dengan keluarga suaminya yang miskin dan tinggal di luar bandar.

Walaupun dia tidak sehaluan dengan ibu bapanya sendiri, Tam tetap berharap suatu hari nanti dia dapat pulang ke rumah. – Agensi

Sumber: Kosmo / Wolipop

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×