Inspirasi

Pernah Rasa Sambal Strawberry Cameron Highlands Yang Unik?

47
SHARES
Sambal Strawberry

Sambal Strawberry

Apa perasaan anda bila pertama kali dengar Sambal Strawberry? Tentu terdetik di hati, “Sedap ke?”, “Macam mana rasanya eh”, “Eeeee.. macam pelik jeee”. Benda yang pelik-pelik dan jarang orang buat menang menarik perhatian kita.

Benarkah wujud sambal strawberry?

Benar! Kami sendiri pernah merasainya sendiri pada bulan Disember 2014 yang lalu. Ikuti juga perjalanan blogger Zee dan Ayung yang bersarapan pagi di sini. Rasa sambal strawberry bersama ikan masin sememangnya memberi cukup rasa. Boleh dapatkannya di kedai Abang Strawberry di Cameron Highlands, Pahang.

Sejarah sambal strawberry

Kami berpeluang menemuramah ibu kepada pemilik Abang Strawberry di Cameron Highlands. Katanya, hobi beliau memang suka memasak. Suatu masa dahulu, mereka menjalankan perniagaan catering dan menyediakan makanan kepada peserta majlis-majlis anjuran kerajaan.

Suatu hari, dalam banyak-banyak lauk yang disediakan, beliau sengaja menyediakan satu menu baru, ialah sambal strawberry. Mungkin kerana ia menu yang tidak pernah didengar, ramai orang mencuba. Ramai yang memuji kesedapan sambal strawberry tersebut.

Sehinggakan ada seorang pegawai yang mencadangkan, “Makcik, sambal ni sedaplah. Apa kata makcik botolkan dan jual”.

Dari situ, terdetik idea beliau untuk memasarkan sambal strawberry secara eksklusif. Dari situ, beliau fokus kepada masakan sambal strawberry, manakala anak lelakinya membuat penjenamaan dan pemasaran.

Kawasan sekitar Abang Strawberry Farm & Cafe

*Foto Kredit: Facebook Abang Strawberry

Sambal Strawberry

Kawan makan di Abang Strawberry

 

 

Sambal Strawberry

Strawberry Farm hanya di belakang kedai

 

Sambal Strawberry

Selain sambal, ada juga jem, kordial dan halwa strawberry

Sambal Strawberry

Botol sambal strawberry yang bagaikan produk antarabangsa

 

Nasi Lemak di Cameron Highland

Jika anda ke Cameron Highland dan teringin makan nasi lemak, boleh cuba hidangan istimewa di sini iaitu nasi lemak ayam berempah & nasi kukus ayam berempah di Abang Strawberry Farm & Cafe. Istimewanya nasi lemak di sini makan bersama sambal strawberry, macam mana rasanya agaknya? Nak tahu kena datang sini dan cuba sendiri!

Peluang perniagaan

Beliau juga berkata, mereka membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang ingin menjual produk keluaran Abang Strawberry ke seluruh Malaysia. Sesiapa yang ingin menjadi ejen amat dialu-alukan.

Menurut status di Facebook mereka;

Selamat pagi penggemar strawberry. Kami berharap agar hari anda ceria dan membahagiakan. 

Kepada yang sedang mencari sambal strawberry, boleh lah menghubungi agen kami.

Shah Alam:
Raja Mohd SufIan 0136915338
Alfzan Kamil 0197337343

Kajang:
Ahmad Zaki 0176870012

Ipoh:
Shaherwan Ab Wahab 0175118775

Temerloh:
Noorfatimah 0199051657

Jengka:
Shahrul Fikhri 0148410787

InsyaAllah, sekiranya anda berada di sekitar kawasan mereka, boleh lah anda menghubungi mereka. Kami akan update senarai agen kami di masa akan datang.

Sementara stok masih ada pada mereka. Kalau habis, terpaksalah anda tunggu penghantaran seterusnya. 

Selamat membeli ! 

Terima kasih.

Akhir kata

Kami berasakan produk-produk dari Abang Strawberry sangat unik dan berpotensi besar. Bagi sesiapa yang ingin merasai keunikan rasa sambal strawberry ini, datanglah ke Cameron Highlands.

Selain menginap di hotel senibina English Tudor di Cameron Highlands dan tempat menarik yang lain, jadikan Abang Strawberry sebagai satu destinasi baru!

[infobox title=’Tentang Abang Strawberry’]

Abang Strawberry

Facebook: https://www.facebook.com/abangstrawberry

Instagram: https://instagram.com/abangstrawberry/

[/infobox]

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×